Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz, Bella Astillah, membidas kenyataan pelakon, Sophia Albarakbah mengenai kehadirannya di program Ally Star Gegar Vaganza Ahad lalu.
Dakwa Bella, kenyataan Sophia yang merasakan dirinya keluar selepas penyanyi, Liza Hanim membuat persembahan adalah tidak benar.
Katanya lagi, Sophia sebenarnya dilihat meninggalkan dewan sebaik sahaja Aliff selesai membuat persembahan.
“Ya Allah, masih nak menipu. Stay lepas Liza Hanim? Serious la dia ni. Dah lah nama tiada dalam guest list.
“Kemudian, lepas Aliff habis je nyanyi dia terus gerak balik,” tulisnya.
Kenyataan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan dirinya tidak pelik sekiranya Sophia memberikan kenyataan sedemikian.
“Dah lah duduk depan wartawan, pastu nak menipu lagi. Haih tapi tak hairan lah dia ni dah biasa menipu dan putar belit,” ujarnya lagi.
Terdahulu, ketika ditemui media pada petang tadi, Sophia menjelaskan kehadirannya di program All Star Gegar Vaganza bagi menyokong sepupunya, Aishah Retno yang membuat persembahan di program GV Live Plus.
Katanya lagi, dia juga punyai hak untuk menghadiri mana-mana program yang diingininya.
Sebelum ini Sophia dan Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan cinta ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI