Baru-baru ini, pelakon Abby Abadi dan anak bongsunya, Maria Danisha telah dijemput sebagai selebriti undangan untuk sebuah program masakan yang akan ditayangkan di televisyen.
Malah, klip-klip sewaktu penggambaran turut tular di seluruh platform media sosial.
Antara momen yang menarik perhatian netizen apabila Abby dan Maria dilihat sama-sama menitiskan air mata ketika program sedang berlangsung.
Susulan video tersebut, timbul pula dakwaan daripada seorang netizen yang mengatakan Abby menitiskan air mata kerana kini hanya Maria sahaja yang akan menjadi satu-satunya anak perempuan harapan keluarga.
Lantaran itu, Abby tampil memberikan reaksi balasnya dengan mengatakan dakwaan tersebut tidak benar dan video berkenaan juga telah disalah tafsir.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, sebagai ibu, dia tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap kesemua anak-anaknya.
“Mana dapat kenyataan ini? Saya tiada cakap macam itu pun. Anak-anak semua saya layan sama rata.
“Tak pernah lebihkan siapa pun.
Baik yang kecil, baik yang besar ya,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia sentiasa mendoakan agar anak-anaknya itu dilindungi Allah dalam apa jua perkara yang mereka lakukan.
“Tak pernah berharap apa pun. Cuma sentiasa berdoa Allah jaga mereka. Satukan hati kami hingga ke Syurga Firdausi,” katanya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sifat keibuan yang ditunjukkan Abby selain turut mendoakan semoga keluarga ini terus harmoni sampai bila-bila.
“Netizen mulut celupar. Cakap macam tahu semua benda. Padahal tengok daripada luaran sahaja tapi perspektif jauh sampai ke dalam. Akhirnya, malu sendiri.
“Abaikan sahaja mulut orang yang tiada insurance tu.
“Kita doakan yang terbaik. Perjalanan anak-anak masih panjang. Masih banyak duri ranjau di atas dunia ini. Semoga terus dalam jagaan Allah.
Ads
“Baby makin lawa,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, nama puteri sulung Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa yang juga merupakan model dan pempengaruh kembali hangat selepas didakwa telah berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand dengan lelaki berstatus suami orang bernama Aslam.
Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga sekitar Disember tahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu menunaikan umrah.
Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan ahli keluarga Marissa sendiri.
Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan atau menafikan pernikahan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mendirikan sebuah masjid di sebuah negara asing yang rata-rata penduduknya bukan beragama Islam bukanlah mudah. Namun impian ini berjaya direalisasikan pelakon dan personaliti popular Indonesia, Teuku Wisnu.
Dalam satu hantaran di ruangan Instagramnya, Teuku Wisnu memuat naik sebuah video menampilkan dia sedang melaungkan azan di tapak pembinaan masjid tersebut yang terletak di Yokohama.
Lebih mengharukan, dia dilihat tidak dapat menahan emosi kerana impian untuk mendirikan sebuah masjid direalisasikan.
“Bismillah, mimpi yang harus dibeli. Dengan perjuangan ikhtiar langit dan bumi. Langit dengan berdoa bersama, meminta dan memohon pertolongan Allah SWT agar dipermudahkan prosesnya.
“Dan bumi dengan banyak cara, boleh dengan sekali klik untuk kongsikan video ini dan membentu menderma untuk mewujudkan pembangunan masjid. Berapa pun nilainya, InsyaAllah sesuai janjiNya, Allah balas berlipat kali ganda,” ujarnya.
Dalam video tersebut, dapat dilihat masjid yang bakal dibina itu akan dikenali sebagai Masjid As-Sholihin Yokohama yang turut berfungsi sebagai lokasi pendidikan Islamik dan Pusat Mualaf.
Dalam hantaran itu lagi suami kepada Shireen Sungkar ini menyatakan bahawa masjid itu dijangka siap pada akhir tahun 2024.
“InsyaAllah, akan jadi amal jariah kita yang terus mengalir sampai kita meninggal dunia kerana pernah memberi sumbangan dalam pembangunan masjid ini dengan cara klik link di bio saya. InsyaAllah, akhir tahun 2024 akan selesai. Amin,” tambahnya lagi
Imbas kembali, Teuku Wisnu merupakan pelakon sinetron popular Indonesia dan memiliki lebih 5 juta pengikut. Walaupun tidak lagi berlakon, namun dia tetap menerima jemputan sebagai tetamu dan hos di kaca televsiyen.
Kini jejaka berusia 38 tahun ini lebih selesa menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang dijalankan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nam Ron mengakui dia menjadikan aktor terkenal, Eman Manan sebagai idolanya sejak di bangku sekolah.
Menurut Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, pesona bintang berkenaan menjadi antara faktor dia mahu aktif secara serius dalam bidang lakonan.
Atas rasa minat itulah, Nam Ron mengakui sudah menonton hampir kesemua naskhah yang dibintangi pelakon terbabit.
“Sejak di bangku sekolah lagi, saya dah minat dengan Eman Manan. Hampir semua filem dan drama lakonan dia saya tonton. Saya akui minat saya nak jadi pelakon pun datang dari menonton pesonanya di skrin.
“Saya dapat tahu dia bermula di pentas teater sebab tu saya pun ikut laluan yang sama, bermula di pentas teater,” tulisnya.
Pelakon berusia 52 tahun itu sempat mengimbau kenangan ketika bekerjasasama dengan Eman menerusi beberapa projek.
“Daripada seorang peminat kini sedar tak sedar dah 3 projek telefilem saya dapat berkongsi skrin dengan dia. 1 tele biasa dan 2 supertele.
“Kali pertama saya dapat bergandingan dengannya adalah dalam supertele Parit Jawa 2011 (gambar 1). Tak dapat tidur semalaman bila esoknya nak buat adegan bersamanya.
“Kali kedua telefilem Rantai 2016 (gambar 2). Saya dah selesa sikit bergandingan dengannya. Kali ketiga supertele Tarantula X 2021 (gambar 3).
“Shooting April lalu dan akan ditayangkan 16 disember ni. Kali ini baru saya betul betul selesa beraksi bersamanya,” tulisnya lagi.
Dia pada masa sama turut hormati serta menyanjungi pelakon versatil seperti Eman.
“Selepas 10 tahun baru saya ada keberanian nak minta izin untuk bergambar dengan dia. Begitulah level hormat saya untuk pelakon berbakat sepertinya.
“Bukannya macam korang baru first time berlakon sekali dah ajak buat video tik tok. Jangan lupa tonton Eman Manan dalam Tarantula X di pawagam rumah anda pada 16 disember ini hanya di Astro First,” jelas Nam Ron.
Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf hangat diperkatakan netizen susulan keluhan seorang peminat yang dikatakan kecewa kerana tidak dapat bergambar dengan pelakon tersebut selepas selesai konsert Big Stage 2023 pada Ahad.
Malah, individu tersebut turut mendakwa Amir langsung tidak mempedulikan mereka meskipun telah berusaha untuk menunggunya di kawasan tempat letak kereta.
Individu tersebut bersama dua orang rakannya akui tidak menyangka yang Amir sanggup berkelakuan sedemikian terhadap peminat.
Keluhan yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok itu kemudiannya tular diseluruh platform media sosial.
Bagaimanapun, pendedahan individu berkenaan nyata mendapat kritikan daripada netizen yang menyifatkan mereka seakan tidak menghormati keadaan Amir yang difaham sedang penat pada ketika itu.
Malah, mereka turut menyifatkan Amir berhak mempunyai ruang privasinya sendiri.
“Kudrat manusia ada limit. Kerja tanpa henti. Non stop. Kalau dorang kata penat, cuba hormat. Mungkin bukan rezeki. Ada rezeki lain, insyaAllah ada. Jangan jadi macam ni. Ye dia public figure tapi bukan milik public 100%.
“Harga yang perlu dibayar untuk bergelar public figure. Kerja kena layan peminat sahaja. Tak senyum atau layan, kata berlagak. Kemudian muat naik stories panjang-panjang dekat sosial media. Lepas tu mai pulak trend nicest and rudest celebrities. Mereka pun manusia kot. Boleh penat, boleh bad mood. Takkan 24/7 nak layan peminat saja?
“Baca kat twitter ritu, rasa annoying. Dia pun manusia, dia pun penat. Dia pun ada hak nak atau tanak layan. Even body guard pun dah kata macam tu.
“Jenis obses pastu kena palau and sakit hati,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Amir hadir ke konsert Big Stage 2023 selaku Presiden Netizen bagi konsert minggu ke-5.
Sekadar indormasi, Amir merupakan bintang kelahiran Hero Remaja 2021 sezaman dengan Mierul Aiman, Fazziq Muqris dan Aqil Taqee.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!