Pelakon senior, Azhar Sulaiman berkongsi cerita sejak tahun lepas rezekinya cukup murah apabila dia tidak henti-henti menerima tawaran kerja daripada penerbit dan pengarah.

Secara berseloroh, Azhar menyifatkan rezeki mencurah-mencurah itu adalah disebabkan populariti anak bongsunya, pempengaruh (influencer) Kasih Iris Leona yang semakin mendapat perhatian netizen.

“Sejak setahun ini saya tak berhenti-henti berlakon.

“Saya rasa saya kena berterima kasih kepada anak saya, Leona sebab dia punya pasal, nama saya terpalit dan saya jadi hot,” kata Azhar memetik perkongsian video semasa dia diundang sebagai tetamu di stesen radio Buletin FM.

Ads

Sebelum ini, nama Leona sering kali menjadi perhatian netizen disebabkan gaya pemakaiannya yang seksi selain gemar berkongsi videonya menari menerusi aplikasi TikTok.

Ads

Azhar yang juga merupakan seorang arkitek cukup popular menerusi filem 90-an, Abang 92 dan namanya masih lagi kekal relevan sehingga kini.

Ads

Pelakon kelahiran Bentong, Pahang ini mendirikan rumah tangga dengan peguam, Chempaka Emalin Pahamin dan mereka dikurniakan tiga cahaya iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 21 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI