Penyanyi remaja, Iman Troye mendedahkan dia sebelum ini pernah dibuli selain tidak mempunyai rakan yang ramai ketika di bangku persekolahan.
Bagaimanapun Iman berkata, dia sebolehnya mahu mencari suasana yang baik ketika pengajian yang seterusnya membawa kepada keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Nang itu melalui sesi virtual bersama pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI pada Selasa.
Iman atau nama penuhnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin menambah, di sebalik kejayaannya mendapat keputusan cemerlang pada SPM 2019 dan mendapat sijil dekan, dia sebenarnya bergelut dengan pelbagai hal serta emosi.
“Waktu sekolah saya dulu tak indah sebenarnya. Saya pernah dibuli di sekolah. Memang tak ada kawan sangat. Tapi saya tak jadikan hal itu sebagai hal melemahkan semangat belajar.
“Jumpa kawan di sekolah baru, saya wujudkan kitaran positif yang betul dan mengajak kita untuk belajar.Saya bertekad untuk berjaya. Pada akhirnya ia juga berbalik soal rezeki serta restu ibu bapa.
“Pastinya dalam apa kita lakukan akan ada pergelutan itu ini. Bergelut zaman sekolah untuk persediaan ke universiti. Macam sekarang pun kena bahagi masa antara bekerja (menyanyi) sambil belajar Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam,” katanya.
Jelasnya lagi, dia sentiasa memujuk diri untuk belajar atau buat benda yang diminati.
“Bahkan saya turut berjumpa kawan yang ada minat sama. Kegembiraan itu pilihan, jadi buatlah benda yang disukai dan diminati.
“Jangan bagi pendapat jika tidak diminta atau ditanya. Jadilah pendengar yang baik untuk kawan. Kalau stres cari kawan dan luah. Saya jenis yang pentingkan kawan. Anda juga kena pentingkan kawan,” katanya.
Malah pada perkongsian sama turut dialu-alukan penyertaan pemenang peraduan Aku Pilih PTTI 2.0, Muhammad Haizul Ahmad yang memenangi motosikal Yamaha Ego. Tak ketinggalan Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali atau Cikgu Habib.
Ads
Adik Muhammad Haizul mengakui pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bukan satu proses mudah.
“Sebab itu saya pengaruh dan ajak kawan lain sertai PTTI.Berbulan bulan belajar pun tak faham. Malah rakan sekelas ‘join’ kelas pun tak penuh kedatangan.
“Selepas itu, pelbagai seminar dan video pun dapat disertai secara percuma. Saya sendiri boleh enjoy belajar sambil pasang lagu.
“Malah saya wujudkan kandungan video menarik di TikTok mengenai PTTI.Video pun ditonton ramai. Saya pun ajak kawan muat turun aplikasi dengan guna kod rujukan.
“Malah saya turut luangkan masa tiga hari untuk kongsi manfaat aplikasi dengan kawan lain. Bahkan ada sampai lima kumpulan WhatsApp yang saya bantu menerangkan kelebihan aplikasi,” katanya.
Muhammad Haizul mengakui dia sendiri bekerja sambilan sejak belajar di tingkatan tiga untuk mengumpul wang saku.
“Saya pernah bekerja di kafe kawan. Macam-macam lagi saya buat. Saya jenis kalau nak sesuatu takkan minta dengan ibu bapa.
“Saya juga melalui fasa dihakimi guru sekolah sendiri sebab bekerja sambilan. Sesekali saya manja dan hadiahkan diri dengan bermain ‘games’,” kata Muhammad Haizul.
Ads
Sejak memperkenalkan aplikasi terbabit, pusat itu rancak menarik perhatian pelajar dengan pelbagai cara.
Salah satu usaha demi menarik lebih ramai pelajar memuat turun aplikasi berkenaan, pusat ilmiah berkenaan turut menganjurkan
peraduan Aku Pilih PTTI dengan menawarkan hadiah lumayan dan menarik.
Kali pertama diadakan sekitar September ke pertengahan Oktober tahun lalu dengan menawarkan hadiah iPad. Kali kedua dianjurkan dari tempoh 30 Oktober hingga 30 November tahun lalu, ganjaran tempat pertama berupa motosikal Yamaha Ego selain iPad turut diberikan.
Penyampaian motosikal berkenaan juga sudah diserahkan kepada pemenangnya, adik Muhammad Haizul Ahmad berusia 18 tahun dari Jitra, Kedah baru baru ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan, Paya Kemunting itu menerima hadiah berkenaan menerusi wakil cikgu pusat terbabit (Muhammad Dzulfahmi Salehuddin) di kediaman keluarganyadi sana.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fanaberkata peraduan diadakan lebih bersifat mempengaruhi pelajar lain untuk belajar secara efektif dan percuma menerusi aplikasi ditawarkan.
“Konsep atau konteks yang mahu diketengahkan adalah lebih kepada misi PTTI nak lihat lebih ramai pelajar mendapat manfaat dari aplikasi terbabituntuk belajar dan peningkatan pemahaman dalam pembelajaran di mana mana.
“Semakin ramai pelajar itu mengajak kelompok rakannya untuk sama sama belajar dengan menggunakan aplikasi itu, semakin besar potensinya untuk menang.
“Situasi itu terjadi kepada Muhammad Haizul (pemenang motosikal). Sejak dilancarkan aplikasi ini sudah dimuat turun lebih 30,000 pelajar untuk menikmati pembelajaran percuma. Yang menyertai peraduan pula sekitar anggaran5000 pelajar,” katanya.
Tambah Cikgu Fana lagi, pusat kelolaannya itu sedang melancarkan kempen #SediaAwal yang memfokus kepada pelajar Tingkata 4 yang bakal melangkah ke Tingkatan 5 pada bulan Mac depan.
“Menerusi kempen itu mereka dapat belajar secara percuma menerusi aplikasi itu dan boleh mendapatkan lebih 100 video pembelajaran percuma untuk persediaan awal. Malah duta kami, MK Clique dan Iman Troye juga menyokong usaha ini.
“Mereka percaya dalam bidang lakonan dan nyanyian juga memerlukan persediaan lebih awal sebelum membuat persembahan supaya dapat memberikan yang terbaik.
Begitu juga dalam peperiksaan. Kita nak kurangkan budaya ‘last minute’ di kalangan pelajar.
“Pada mada sama kami melancarkan peluang membantu rakan pelajar SPM dan tingkatan 1 hingga 4 untuk memuat turun aplikasi danbelajar secara percuma serta berpeluang memenangi iPad setiap minggu dari 2 Februari hingga 31 Mac depan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Norlia Ghani berkongsi pengalaman misteri yang dialami dirinya yang bagaikan sentiasa ‘diperhatikan’ oleh makhluk ghaib.
Situasi mistik itu dialami bintang veteran itu beberapa tahun lalu.
Dijemput sebagai panel program Mingguan Wanita baru-baru ini, Norlia atau mesra disapa Mama mendedahkan cerita di sebalik perkara misteri yang terjadi kepada dirinya.
“Mama tidak mencari, tetapi anak angkat Mama yang rasa macam pelik. Perubahan dan aktiviti kita biasanya aktif, tetapi tiba-tiba berasa lesu dan sakit tiba-tiba.
“Jadi dia (anak angkat) yang bawa Mama. Pada mulanya, dia tak cakap pun dia nak bawa Mama berubat, tetapi dia cakap ada peminat nak jumpa. Mama pun berjumpa anak muda dan rupanya dia seorang ustaz.
“Maka, ustaz itu beritahu Mama serba sedikit apa yang terjadi kepada diri Mama . Ketika itu ustaz menyuruh Mama ambil air wuduk dan duduk di atas sejadah tanpa dia menyentuh Mama.
“Ketika itu kaki Mama yang bergerak dengan sendiri. Apa yang ditanya ustaz, ibarat kaki itu sendiri yang menjawab,” kongsi Norlia.
Malah, pelakon berkenaan tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang ‘menghantar benda’ itu kepada dirinya.
“Ustaz cakap benda (sihir) ini adalah dari kawan-kawan yang kerjasama.
“Tetapi saya maafkan, jika orang itu buat sesuatu yang dengki pada saya, Tuhan saja yang tahu, saya tak akan balas, sebab rezeki semua Allah yang aturkan,” kata Norlia tenang.
Bagaimanapun, rezeki Norlia semakin mencurah-mencurah selepas daripada kejadian yang menimpa dirinya.
“Alhamduliilah, selepas kejadian tersebut, ada seorang hamba Allah yang berhati mulia bawa saya mengerjakan haji.
“Baru-baru ini juga saya pergi sekali lagi dia bawa pergi umrah pula,” senyum Norlia.
Ikuti temu bual penuh bersama Norlia dan Datuk Sri Ustaz Mohd Suhaimi Rozali yang merupakan pakar pusat rawatan serta pengacara Siti Elizad dan pakar motivasi, Amin Idris.
Pelakon dan usahawan, Fazura mengakui mempelajari banyak perkara ketika berhadapan dengan situasi pandemik Covid-19 yang sekaligus mengubah hala tuju hidupnya ke arah yang lebih baik.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini bersyukur kerana hidupnya kini bertambah baik dan dikelilingi dengan orang yang sentiasa memberikan sokongan kepada dirinya.
“Some walks you have to take alone. But most of the time.. Alhamdulillah.. I’m thankful to have so many loving, amazing, inspiring, supportive and uplifting people in my life.
“Those I know of and are supporting silently. Dalam susah dan senang, you are always with me” tulisnya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini turut memperbaiki dirinya untuk menjadi seorang yang lebih baik dan berfikiran positif terhadap setiap perkara yang dilakukannya agar mendapat keberkatan serta keredaanNya.
“Bulan September yang sangat padat. Kadang-kadang rasa masa tu sangat singkat. Sekejap je kita dah sampai ke sini.
“Banyak perasaan yang kita lalui bersama sepanjang pandemik ni, tak kurang juga banyak yang harus kita syukuri.
“Kita masih di sini. Banyak yang pasti dah kita pelajari dan masih ada peluang untuk perbaiki. In shaa Allah.
Gambar
Gambar
“Faz doakan semoga apa saja yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah SWT. Semoga kita sentiasa menjaga dan memperbetulkan niat, serta dikurniakan kekuatan untuk terus melangkah ke depan.
“Heads up, feet on the ground. We got this! Lots of Love, tremendously,” tulisnya lagi menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Mengabadikan 8 November 2008 sebagai tarikh istimewa buat penyanyi Bunga Citra Lestari dan Allahyarham suaminya Ashraf Sinclair dalam melayari bahtera perkahwinan, busana yang digayakan mereka ada maksud tersirat.
Lantas, ia kembali menjadi perhatian pencinta seni baik di Indonesia juga di negara ini.
Kongsi pereka kebaya popular Indonesia, Anne Avantie mendedahkan bahawa setiap perincian manik dan kebaya yang dihasilkan khas untuk Bunga mempunyai makna tersendiri.
“Sebuah kisah KEBAYA Akad BCL dan ASHRAF .. Sedihhh sekali .., sangat sedihh teringat saat saya membuat baju PERNIKAHAN mereka.
“Saat yg sangat indah .., teringat waktu itu BAJU AKAD BCL tiba tiba HILANG .., di GANTUNGAN BAJU saat akan dikenakan saya bawa dari Butik Grand Indonesia … ke rumah BCL.
“Waktu masuk mobil (kereta) jelas jelas di bawa …, tapi mau diturunkan H-1 .. Baju itu TIDAK ADA .., saya nangis di mobil di depan rumah BCL Dan berusaha berjuang mencari dimana hilang nya .. ??? Anehh.
“Kira kira satu jam di telusuri ternyata ada di PARKIRAN Grand indonesia terjatuh dari HANGERditemukan petugas PARKIR•
“Sebuah kisah yg tidak banyak orang tau …, ., yg tidak terungkap kata saat itu.
“Ketika .., KEBAYA Akad nikah itu sampai di tangan saya kembali setelah 2 jam yg di temukan oleh tukang parkir .. saya tak hentinya BERSYUKUR .. lalu saya menuliskan kisah KEBAYA itu dan saya serahkan secarik kertas itu kepada BCL dan ASRAF. usai Acara ..
“Saya Berpesan .. Tetap lah SETIA sampai MAUT memisahkan. Ini surat buat kalian .., sebuah cerita tentang KEBAYA AKADmu.
“Dan hari ini .., JANJI SETIA Sehidup semati .. sampai MAUT MEMISAH kan .. benar benar Nyata ..•
“Selamat jalan yg terkasih @ashrafsinclair, Inna lillahi wa inna illahi roji’un. Doa kami mengantarkan mu dalam kehidupan kekal nan abadi,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggal dunia jam 4:51 pagi tadi (Selasa) pada usia 40 tahun dipercayai akibat serangan jantung.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia selepas solat Asar.
Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Bunga Citra Lestari pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair, 10 tahun.
Foto : Instagram Anne Avantie, Kompas.com
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert solo penyanyi terkenal, Stacy, akhirnya diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung meriah di Sabah International Convention Centre (SICC), baru-baru...