Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan dia kini lebih selektif memilih sebarang tawaran untuk berlakon menerusi mana-mana projek selepas menubuhkan syarikat produksi Arwaa Production.
Memberi fokus kepada penerbitan drama, telefilem dan program, Nadzmi, 30, juga memperlahankan karier lakonan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ardell Aryana pada 2019.
“Tawaran selalu ada tetapi terpaksa ditapis, kerana saya tidak mahu timbul ‘conflict interest’ memandangkan saya kini mengusahakan sebuah syarikat produksi Arwaa Production yang menumpukan kepada penerbitan drama, telefilem dan program.
“Jadi saya lebih banyak berada di belakang tabir. Kita beri ruang kepada pelakon tempatan berbakat yang lain menyerlahkan kebolehan mereka. Melainkan naskhah yang saya terima itu boleh mengembangkan karakter saya pasti saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada MH.
Adhwa menambah selepas berkahwin dan kiki bergelar bapa, keutamaan sudah berubah. Namun, lakonan masih menjadi minat dan tidak akan sesekali melupakan bidang seni.
Ads
“Kini saya membahagikan fokus kepada tiga perkara iaitu keluarga, bidang seni serta perniagaan.
“Isteri saya pula lebih selesa untuk menumpukan fokus terhadap anak dan keluarga serta beberapa aktiviti kemanusiaan.
“Selain mula berjinak dalam bidang penerbitan, kami juga aktif dalam perniagaan makanan, Arwaafood. Syukur Alhamdulillah, perniagaan makanan menerusi Arwafood mendapat sambutan yang sangat positif,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai produk yang dihasilkan, Mee Kari Opah di bawah jenama terbabit terjual sebanyak 15,000 kotak menerusi platform TikTok, baru-baru ini.
Ads
“Syukur kerana produk ini mendapat respons yang sangat baik. Kami sendiri tak sangka Mee Kari Opah terjual dengan kuantiti sebanyak itu dalam masa satu jam sahaja.
“Pada awalnya, kami dapat tawaran untuk berkolaborasi dalam perniagaan ini dari dua orang sahabat, Hadi Kaderi dan Nizar Hafiz. Kami mahu meneroka bidang perniagaan makanan dan timbul idea untuk muncul dengan mi kari.
“Setelah enam bulan berhempas pulas memikirkan idea untuk segi konsep dan rasa yang ingin ditampilkan, maka terhasillah Mee Kari Opah,” katanya optimis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan berharap agar anak-anaknya, termasuk Muhammad Uwais Al-Mateen tidak mudah terikut-ikut dengan trend yang boleh melalaikan.
Pada masa sama, dia turut memberi reaksi terhadap aplikasi yang boleh menukar wajah seseorang kepada jantina berlawanan.
Malah, Abu memahami konsep perbuatan tersebut adalah haram disisi agama Islam.
“Mateen terkejut dan tak mampu berkata2 apabila tahu warganet sibuk mempromosikan dirinya lelaki sebagai perempuan dan perempuan sebagai lelaki even mereka mengetahui hakikat hukumnya adalah HARAM.
“Moga anak2 aku tak terlibat dengan pengaruh2 dunia yg merosakkan,” tulis Abu atau nama penuhnya, Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi itu lagi.
Terdahulu, pendakwah bebas, Dr Nur Mohammad Hadi menjelaskan bahawa aplikasi tersebut mengaibkan selain menjatuhkan maruah diri sendiri sebagai seorang Muslim.
Jelasnya lagi, perbuatan itu bertentangan dengan fitrah manusia, meski ia hanya sekadar gambar dan bukan mengubah fizikal.
Perkara itu dijelaskannya menerusi Berita Al-Hijrah, saluran 114.
Foto/ Video: Instagram PU Abu, Berita Al-Hijrah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Azhan Rani yang mendukung watak sebagai Ustaz Hamadi menerusi drama rantaian Nur2 ada berkongsi insiden mendebarkan saat dirinya melakonkan salah satu babak di penjara Seremban.
Tulisnya menerusi Instagram, babak tersebut bermula sejak pagi dan cuaca pada ketika itu panas melampau. Kebetulan dia turut mengalami demam selsema.
“Nak share sikit di sebalik scene penjara ni.. masa ni shooting kat penjara seremban.. dari pagi kat situ.. cuaca memang panas melampau masa ni.
“Masa ni juga badan tengah demam selsema.. terima kasih pada klinik penjara yang sudi berikan ubat demam masa tu.
“Tapi masa scene cakap dengan aishah kat telefon tu memag berat sangat mata.. angkat kepala pun time director sebut “action” je.. separuh dialog skrip separuh lagi dah jadi dialog aku.
“Lepas scene kat penjara ni petangnya kami move ke senawang untuk scene di restoren.. masa tu aku ride.. sampai sana sementara tunggu set up aku baring kat lantai,” tulisnya.
Ketika itulah, dia difahamkan tidak sedarkan diri sehinggalah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Entah apa agak lama jadi syok baring kat situ sampai la sedar2 aku dah dalam ambulance dan dibawa ke hospital seremban.
“Terima kasih doctor2 kat unit kecemasan sana. walaupun dia kata dia benci syed hamadi tapi tetap cucuk jarum dengan penuh hemah kat aku.. alhamdulillah walaupun agak lama kat unit kecemasan tu berjaya juga aku elakkan admitted kat situ.. walaupun terpaksa check in kat hotel area tu atas bantuan pm che @onechinoiz dapat la juga recover demam balik lepas 2 hari.
“Apa yang aku takkan lupa tentang family ini masa kejadian ini.. masing2 ambik berat dan bagi bantuan.. betapalah aku sayangkan family ni padahal sebab aku diaorang kena delay scene ni buat hari lain.. tq @remy__maghrib yang sempat rakam dan edit video ni.. @khiriah17 @ejchomey dan yang lain2 yang tak putus menolong dan bagi semangat.. @amhus_amiegus yang tolong bawakan motor.. dan family #nur2 yang lain yang menghulurkan bantuan.
“Dua hari tu dapatlah aku insaf kejap.. sebelum jahanam semula di set hari seterusnya.. masa kejadian ni kami baru 2 minggu shooting rasanya.
“Tak semua dalam family ni aku kenal pun.. tapi lepas kejadian ini kami jadi lebih rapat dan aku dah boleh ingat nama semua dalam family ni..syukur kerana berada di family ini dan terima kasih family,” tulisnya panjang lebar.
Nur 2 yang memulakan tayangab episod pertamanya semalam menerusi slot Samarinda mendapat reaksi baik para penonton setakat ini.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...