Bersyukur diberi peluang kedua dalam hidup, usahawan dan hos, Nazril Idrus memaklumkan, apa yang berlaku memberi pengajaran kepadanya.

Luah suami kepada pelakon Sazzy Falak ini lagi, mungkin selama ini dia terlalu mengejar keduniaan sehingga lupa apa yang lebih penting dalam hidup.

Nash sebelum ini mengalami kemalangan ketika aktiviti berbasikal hingga menyebabkan bahagian ‘Collarbone’ sebelah kiri patah empat dan tiga tulang rusuknya retak.

Ditemui pada majlis pelancaran Single Terbaru Hijjaz Feat Tomok baru-baru ini, Nazril turut mendedahkan dadanya juga terpaksa ditebuk bagi mengeluarkan darah dan udara yang tersekat di paru-paru.

“Tulang rusuk retak dan menyebabkan paru-paru saya mengecil akibat selaput bocor. Lubang terpaksa ditebuk untuk mengeluarkan darah dan udara. Di bahagian bahu pula ada sembilan paku.

“Namun apa yang berlaku menjadi ikhtibar buat diri, betapa rapuhnya hidup kita. Hidup ini perlu beringat dan bersyukur kerana senangnya untuk Allah ambil nyawa kita.

“Ini masa untuk saya muhasabah diri. Bayangkan jika waktu itu tengkuk saya yang patah?

IKLAN

“Kemalangan berlaku tidak dijangka, waktu itu saya sudah hampir ke kereta dan tangan saya cuba mengambil telefon di belakang.

“Mungkin kerana kurang skill menyebabkan saya terjatuh dan kepala terhantuk di jalan sehingga helmet pecah,” jelasnya lagi.
“Tak Jangka Kemalangan Akan Berlaku. Begitu Juga Dengan Hidup… Kita Tidak Bersedia Untuk Mati,” – Nazril Idrus

Apa yang berlaku pasti punya hikmah tersendiri, Nazril menyifatkan pilihan sentiasa ada dalam hidup namun berbalik kepada diri sendiri membuat keputusan terbaik.

“Kemalangan ini secara tak langsung membuatkan buat refleksi terhadap diri-sendiri. Mungkin sebelum ini saya ada kesalahan dengan orang lain, tidak bersyukur atau terlalu mengejar keduniaan.

IKLAN

“Apa yang berlaku buat saya terduduk. Saya mahu berhenti sebentar dan buat pilihan dalam hidup. At the end of the day, semuanya berbalik kepada keluarga. Saya lupa untuk ambil masa dengan anak-anak dan isteri.

“Malah sepanjang waktu berehat ini, saya banyak luangkan masa dengan anak-anak. Setiap pagi buatkan sarapan untuk mereka, membasuh baju dan bercerita tentang hidup.

“Andai kata saya mati, semua perkara ini tidak lagi dapat dilakukan bersama. Ia buat saya banyak berfikir dan sedar inilah nikmati paling penting dalam hidup,” tuturnya kepada MH.

Banyak bermuhasabah, jelas lagi apa yang paling dirisaukan andai dia pergi, bagaimana isteri dan anak-anak meneruskan kehidupan tanpanya di sisi.

IKLAN

“Saya tidak jangka kemalangan akan berlaku dan begitu juga dengan hidup, kita tidak bersedia untuk mati.

“Takut juga kalau saya mati. Apa akan berlaku kepada isteri, anak-anak dan keluarga saya nanti? Membuatkan saya lebih ingatkan tuhan dan menjaga solat.

“Saya serik… Syukur kecederaan boleh dipulihkan kembali walaupun cukup sakit menanggungnya. Bayangkan kepada yang tidak punya peluang kedua? Sedar-sedar kita sedang dihisab.

“Sebab itu kita harus bersyukur daripada waktu ke waktu, Subuh ke Zuhur, Zuhur ke Asar dan seterusnya. Allah sentiasa beri masa kepada kita,” kongsinya lagi.

Nazril Idrus dan Sazzy berkahwin pada 2006 dan dikurniakan pasangan kembar perempuan, Lily Imaan dan Tiara Rose.

Hujung Oktober lalu, Nazril dimasukkan ke HKL selepas mengalami kecederaan teruk kerana terbabit dalam kemalangan ketika berbasikal.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI