Hos dan pelawak, Jihan Muse yang telah pun tampil bertudung litup awal tahun ini ada memuat naik sepotong video soal jawab bersama PU Azman berhubung isu pemakaian tudung di kalangan isteri.
Nyatanya, kemusykilan pengacara Gegar Vaganza itu akhirnya terjawab selepas pertanyaannya diterangkan secara jelas oleh penceramah berkenaan.
Perkongsian tersebut dimuat naik Jihan menerusi Instagram.
“Saya ada satu soalan dan saya sudah tanyakan pada suami saya. Saya sudah mendapat jawapan daripadanya cuma hari ini saya mahu double comfirmed dengan PU Azman.
“Soalannya adalah…Alhamdulillah Jihan sudah pakai tudung, kurang dosa suami. Suami saya kata dari hadis mana dapat benda tu.
“Saya tiada jawapan jadi aoakah jawapannya,” tanya Jihan lalu mendapat pencerahan daripada PU Azman.
Katanya, secara asas suami tidak akan tanggung dosa isteri kerana tidak mengenakan tudung sekiranya dia sudah menegur secara bersungguh pada si isteri
“Kalau isteri tak pakai tudung, suami tak akan menanggung dosa kalau suami sudah bertanggungjawab menegur,” terang PU Azman sambil memberikan dalil dalam Al-Quran.
“Cuma mereka akan turut sama berdosa sekiranya mereka ini tidak pernah menegur,” jelasnya lagi.
“Assalamualaikum.. sedikit perkongsian utk hari ini.. Semoga dapat memberi pencerahan.. serta janganlah kita sewenang-sewenangnya menyatakan sesuatu yg kita sendiri tidak tahu itu benar atau tidak.
“Bak kata @pu_azman “tak tahu? tanya. nak malu hapo?” Terima kasih, tulis Jihan pada ruangan kapsyen pada video berkenaan sambil disusuli dengan tanda palang #tanyacikman #kongsiilmu.
Lalu, perkongsian tersebut turut mendapat reaksi positif daripada para pengikutnya. Malah rata-ratanya sudah semakin jelas mengenai hal sama.
Foto: Instagram Jihan Muse