“Seri pengantin.” Mungkin itu yang boleh disimpulkan buat Fasha apabila ibu kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim ada memuat naik gambar bersama pelakon jelita Fasha Sandha di Instgramnya awal petang tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Rozita memberikan pujian buat Fasha apabila dia tampil manis berjubah telekung berwarna biru.

“Suka sy tengok manis sungguh si @fashasandha ni xjemu sy pandang dia Jubah telekung masa malam tu , ni lah pertama kali jumpa dia di rumah Syukri..cantiknya kulit dia x make up pun..

IKLAN

“Lepas tu Fasha bawak jumpa maknya, baiknyaa budi bahasa mereka.. berseri seri muka Fasha Sandha bercerita ttg dia nak kawin dan mangga yg dia kasi saya rasa ni sgt sedap, katanya Encik tunang @itsaidilaziz dia yg buat..sangat sedap dan ranggup berebut2 family kami makan,” tulis Rozita.

IKLAN

Rata-rata netizen turut memuji Fasha yang manis dan anggun mengenakan pakaian Muslimah itu.

“Tak Jemu Pandang, Cantik Kulit Tak Makeup,”- Jumpa Empat Mata, Ibu Aliff Syukri Puji Fasha Sandha Kian Berseri! “Tak Jemu Pandang, Cantik Kulit Tak Makeup,”- Jumpa Empat Mata, Ibu Aliff Syukri Puji Fasha Sandha Kian Berseri! “Tak Jemu Pandang, Cantik Kulit Tak Makeup,”- Jumpa Empat Mata, Ibu Aliff Syukri Puji Fasha Sandha Kian Berseri!

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Fasha dan Aidil dijangka bakal mendirikan rumah tangga hujung bulan ini.

Foto : Instagram Rozita Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI