Penyanyi yang juga pelakon, Nabila Razali menepis dakwaan segelintir pihak yang melabelkan dirinya kini sudah besar kepala.

Menurut Nabila, dia sedaya upaya cuba untuk bangkit semula selepas teruk dikritik gara-gara nyanyiannya yang dikatakan sumbang sewaktu membuat persembahan secara live di dalam sebuah program televisyen beberapa bulan lalu.

“Kalau saya besar kepala, mungkin saya hanya buat conference call je hari ni tapi saya masih di sini dan bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini.

“Saya bangkit semula selepas apa yang jadi pada saya haritu. Sejujurnya saya memang down sangat-sangat dan saya perlukan satu hari untuk bangkit dan berkerja semula.

“Bagi sesetengah orang, mungkin mereka memandang perkara ini remeh kerana mereka anggap saya dah biasa menyanyi seteruk itu.

“Tapi bagi saya ia merupakan isu besar sebab saya tidak rancang pun untuk menyanyi seperti itu dan ia merupakan kali pertama saya menyanyikan lagu tersebut secara lansung,’ katanya kepada MH.

Nabila berkata demikian sewaktu ditemui di majlis doa selamat dan pelancaran muzik video lagu Peluang Kedua di Symphony Mall, Petaling Jaya.

Ads

“Tak Kan 4 Minit Saya Nyanyi Semuanya Sumbang,”- Hampir Menitis Air Mata, Nabila Razali Jawab Isu Besar Kepala

Meluahkan rasa syukur kerana masih ramai yang menyokongnya ketika ini, Nabila menyifatkan keputusan untuk berputus asa hanya akan mematahkan semangat para peminatnya.

“Kalau saya give up, saya dah lama sambung pelajaran saya semula. Tapi tidak kerana ramai lagi yang menyokong saya.

“Saya tahu Peluang Kedua ini sebuah lagu yang berat tapi masih ada yang menyokong saya dan kenapa saya nak patahkan semangat mereka. Lagu ni dah jadi siulan mereka.

Ads

“Bagi saya, tidak semua yang mereka kata mengenai saya itu betul. Ada telinga yang mendengar sedap ada pula yang sebaliknya. Saya tidak boleh kawal mereka yang kata saya menyanyi tak sedap.

“Bila kita cakap pasal lagu, ada berjuta lagu dalam dunia ni. Nak dengar yang sedap just go ahead. Nak dengarkan versi Nabila Razali tengoklah Youtube saya,” jelasnya.

Ketika di tanya adakah dirinya sudah bersedia untuk mempersembahkan lagu ini secara langsung terutamanya di pentas-pentas besar, ini jawapan yang diberikan oleh pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu;

Ads

“InsyaAllah, jika diberikan kesempatan kenapa pula tidak. Jadi, saya perlulah persiapkan diri saya.

“Ini merupakan cabaran sebagai anak seni. InsyaAllah saya akan perbaiki lagi selepas ini.

“Apapun yang terjadi janganlah cari yang silap je. Takkanlah 4 minit saya nyanyi semuanya sumbang. Mesti ada satu dua bahagian yang sedap,” akhirinya.

Terdahulu, Nabila telah pun melancarkan muzik video terbaru dan versi tambahan lagu Peluang Kedua yang menampilkan MK K-Clique sebagai hero.

https://www.youtube.com/watch?v=zIpBiEerHOA

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI