“…Tak Kan Pecah Dara Kalau Kita Mulakan Maaf,” – Isu Mengata Amyza Aznan Macam ‘Ikan Iblis’, Cekung Tak Ada Zat Selesai

Share

Pelakon senior, Amyza Aznan menerusi Instagram memaafkan individu yang mengkritik penampilan fizikalnya menerusi media sosial, baru-baru ini.

Mendedahkan perbualannya dengan individu berkenaan menerusi Instagram, pelakon drama Dia Adelia ini menerusi ruangan kapsyen menberitahu, isu tersebut sudah pun selesai.

“Alhamdulillah… I always believe, if we seeking for goodness u will find goodness… SELESAI SUDAH,CASE CLOSE!!! and tak kan miskin,x kan hina,x kan pecah dara kalau kita mulakan maaf. ( masalahnya cik gayah have have dara ke? ?)
and i know its hard to start a conversation with stranger because we didn’t know how tbey will react at the first place ,but if nawaitu kita jujur allah akan permudahkan.

“DAN INI HANYA LAH SERBA RINGKAS CONVERSATION CIK GAYAH HAVE HAVE DGN DIA. SEBENAQNYA PANJANG LAGI, SAMPAI KE BAB2 KURUSKAN BADAN.. JGN TERPERANJAT MUNGKINKAH DIA BAKAL CIK GAYAH IKAN IBLIS KURUSKAN,”tulisnya.

Sementara menerusi ruagan komen posting berkenaan, rata-rata peminat lega malah ada yang memuji tindakan bintang terbabit.

Bagaimanapun, masih ada yang bergurau mengenai isu berkenaan lalu disambut dengan balasan komen humor dari Amyza.

Terdahulu, Amyza ada memuat naik komen seorang pengguna media sosial yang membayangkan penampilan fizikal pelakon tersebut yang kurus seperti kurang zat, lalu dicop seperti ‘ikan iblis’ baru-baru ini.

Bagaimanapun, entri berkenaan yang turut memaparkan wajah indivudu yang dimaksudkan sudah pun dipadam.

Suka dengan cara Amyza. Tak mudah melatah tetapi keduanya selesaikan isu tersebut dengan cara baik. Respek!

Foto: Instagram Amyza Aznan

Published by
Rafiq Mazlan