Pelakon, Ikmal Amry akui kecewa dengan sikap segelintir ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang gemar melakukan video prank yang tidak bermanfaat hanya semata-mata demi mengejar trend.
Sebagai contoh, ada diantara mereka yang sanggup mengurung anak-anak di dalam sebuah bilik kemudian memasang audio bersuara pontianak.
Menurut Ikmal, trend tersebut sebenarnya bukanlah sesuatu yang lucu sebaliknya boleh mendatangkan trauma di minda kanak-kanak.
“Sekarang ini ada satu trend di Tik Tok dimana orang mengurung anak mereka lepas tu buka sound pontianak. Saya rasa perkara tu tak kelakar.
“Mental budak-budak ni sangat sensitif. Bila korang buat macam tu, mungkin mereka boleh trauma atau takut dengan perkara-perkara sebegitu,” katanya.
Ads
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram stories.
Katanya lagi, sekiranya mahu mengejar perhatian sekalipun, banyak lagi konten-konten menarik dan bermanfaat yang boleh dibuat para ibu bapa.
“Sebenarnya banyak lagi perkara yang korang boleh main dengan anak-anak korang selain daripada perkara sebegitu.
Ads
“Banyak je lagi cara lain nak dapatkan jumlah viewers seperti yang korang mahukan daripada buat benda bodoh macam ni,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, pelakon kelahiran program Hero Remaja 2017 itu berharap agar trend seperti ini dapat dihentikan pada masa akan datang.
“Berubahlah…tukarlah buat benda lain. Hentikanlah kejar perkara-perkara trending yang macam ni. Lagi-lagi pasal mental anak. Tak kelakar pun benda ni,” akhirinya.
Ads
Sekadar informasi, Ikmal telah mendirikan rumah tangganya bersama wanita pilihan hati, Najla Shamsul pada tanggal 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cailie yang lahir pada 30 Disember 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ikmal Amry
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Namun, walaupun Janna memberi kata dua kepada lelaki-lelaki di luar sana, nampaknya ada sahaja alasan yang diberikan.Aduh, ada saja alasan kan. Sampai tersimpang tajuk pun ada.
“fahami la sy…selain awak rokok je teman sy…hahahaahahaa”
“Okey macam ni la. Lelaki yang baik kalau dah hisap rokok memang susah nak tinggalkan walaupun dia tahu ianya haram, tapi perempuan yang baik tak akan dapat menerima poligami walaupun dia tahu ianya halal.”
Walau bagaimanapun, pesanan khidmat masyarakat yang dibawa oleh Janna ini wajar diberi perhatian. Maklumlah, rokok adalah perosak dan membawa pelbagai penyakit.
Foto: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski sudah bergelar selebriti popular, namun Achey tetap meneruskan kehidupan secara bersederhana.
Mana tidaknya, Achey telah berkongsi foto yang merakamkan isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau mesra dengan panggilan Anne meniaga satay di sebuah pasar malam.
“Ni @anne_achey isteri saya dan adiknya..
“P/s .. duit akan habis tapi halal takkan habis,” tulis Achey.