“Tak Kena Kat Diri Bolehlah Perli Orang,”- Aeril Zafril Didakwa Perli Kehilangan Peserta Larian, Ini Reaksinya

Share

Pelakon, Aeril Zafril ada memuat naik gambar terbaru di Instagram miliknya.

Gambar tersebut memaparkan Aeril sedang bergambar di lokasi pengambaran sambil menyunting gambar tersebut dengan bulatan-bulatan kecil seperti ingin menunjukkan sesuatu.

“Ambik gambar ni waktu shooting tadi. korang nampak tak?,” tulisnya.

Gambar tersebut ternyata menarik perhatian pelbagai pihak.

Sementara itu, terdapat seorang netizen bertindak menegur Aeril, dengan menganggap pelakon tersebut seperti tidak menghormati keluarga Mohammad Ashraf yang masih gagal ditemui sejak 23 Mac lalu di Gua Tempurung, Perak selepas menyertai sebuah program larian.

“Tak lawak bang. Jaga hati keluarga dia,” tulisnya.

Melihat komen tersebut, ini respon balas  yang diberikan Aeril .

“Saya tak cakap keluarga. Ini mengenai netizen kita,” balasnya.

Apapun, janganlah kita terlalu cepat membuat spekulasi.

Sumber: Instagram Aeril Zafril

Published by
Aizam Manaf