Pelakon Tiz Zaqyah telah menulis satu twit yang berunsur negatif menerusi akaun Instagram miliknya.
Aktres yang pernah membintangi dalam drama Nur Kasih itu telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan sebuah syarikat produksi.
“Tak faham lah production yang janji pasal payment. Kalau tak ada duit, ada masalah, bagitahu. Bukan buat semua orang menunggu. Tak kesian ke orang kerja 8 pagi ke 8 pagi???” tulisnya.
Lantas, kata kata Tiz itu menjadi perhatian netizen dan rakan rakan artis. Malah menasihati Tiz untuk sentiasa bersabar dan bertenang.
Kepada Tiz, semoga semua urusan Tiz dapat diselesaikan dengan cara dan dipermudahkan.
Foto : Twitter Tiz Zaqyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gemar Bereksperimen Dengan ‘Stail’ Gaya Edgy & Berani Khainina Khalil Curi Tumpuan!
Popular dikalangan pencinta media sosial. Jika anda peminat kecantikan, anda pasti akan terlihat Khainina Khalil menghiasi laluan #foryoupage anda di TikTok. Bijak bergaya malah dia sering berkongsi pelbagai tip berguna terutama sekali tentang solekan dan haruman.
Khainina Khalil, seorang pempengaruh digital yang memiliki aesthetic nya yang tersendiri. Lihat sahaja laman istagram miliknya, pasti membuatkan sesiapa sahaja berasa teruja. Gaya trendy yang ditampilkan anak muda yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini membuatkannya cukup terkenal di laman sosial.
Stail Pilihan Khainina Khalil?
Stail pilihan saya ialah edgy dan berani. Saya suka mencuba benda-benda baharu dan bereksperimen dengan gaya yang mungkin tidak semua orang berani untuk gayakan. Saya sukakan kelainan tetapi dalam masa yang sama tidak keterlaluan hingga boleh membuatkan saya kelihatan pelik. To be honest, it’s not to gain attention, but it is just my personality that likes trying everything new and different.
Cara ‘Maintain’ Stailo & Trendy?
Saya akan pastikan pakaian yang dipakai bersesuaian dengan diri saya dan sedap mata memandang. Selain itu, ia harus sesuai mengikut tempat dan saya akan menyuai padankan bersama tudung yang tepat agar penampilan saya tampak seimbang. Sebagai contoh, jika outfit saya biasa-biasa sahaja, saya akan lebihkan gaya tudung serta aksesori seperti gelang, beg, kasut dan sebagainya.Namun jika pakaian saya sudah ekstra, saya akan kurangkan dibahagian lain agar tampak lebih sempurna.
Ikon & Role Model Khainina Dalam Fesyen?
Semestinya Donatella Versace! Rekaan beliau cukup berani dan mempunyai signature tersendiri. Setiap tema untuk setiap koleksi yang dihasilkan sangat unik dan amat menepati citarasa saya. Every color and designs are just on fleek. Untuk designer tempatan, saya menggemari Tom Abang Saufi. Motif tradisional yang dipertaruhkan cukup berbeza dan memberikan penampilan lebih edgy.
Bagaimana Nina Jaga Kulit Agar Kekal Sihat?
Perlu kerap membasuh muka! Kulit saya jenis kering dan kadang-kadang ia cukup sensitif. Jadi saya akan pastikan muka saya tidak terdedah kepada benda-benda atau tempat kotor serta berhabuk. Pelembab juga merupakan rutin penjagaan kulit yang amat penting. Saya juga kerap memakai mask setiap ¾ kali seminggu untuk memastikan kulit sentiasa segar dan dilindungi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Khainina Khalil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MHGlobal “Saya Tidak Mengaku Sebagai Seorang Muslim,”- Pengakuan Berani Zayn Malik, Netizen Beri Komen Pelbagai Seperti…
Pendedahan penyanyi, Zayn Malik bahawa dia tidak lagi mengakui dirinya sebagai seorang Muslim mendapat perhatian peminat khususnya yang meminatinya sejak dia merupakan sebahagian daripada grup, One Direction.
Katanya, dia ingin juju mengenai agama dan kepercayaannya kini.
“Secara jujurnya, saya tidak pernah berkongsi mengenai agama dan kepercayaan saya dalam mana-mana interview. Saya tidak mengaku sebagai seorang Muslim.
“Saya percaya agama dan kepercayaan seseorang itu adalah antara diri mereka sendiri mengikut amalan yang diamalkan.
“Pada saya, saya mempunyai kepercayaan spiritual bahawa wujudnya tuhan. Adakah saya percaya wujudnya neraka? Tidak,” katanya kepada British Vouge.
Tambahnya lagi, meninggalkan agama yang ‘diamalkannya’ sejak kecil adalah mudah sekali.
“Saya hanya mengikut apa yang saya percaya kepada diri saya sendiri sahaja, ia membuatkan rasa melalui kehidupan yang lebih baik.
“Jika saya berkelakuan baik, orang akan dilayan baik semula. Saya tidak percaya bahawa anda perlu makan daging tertemtu yang telah didoakan dengan cara tertentu.
“Saya tidak percaya yang kamu perlu berdoa dalam satu bahasa lima kali sehari. Langsung tak! Saya cuma percaya bahawa jika kamu adalah seorang yang baik, semuanya akan jadi baik.
“Ibu bapa saya, mereka sering me ada untuk mendidik saya. Saya pergi ke masjid, saya belajar mengenai Islam tapi mereka juga bagi pilihan kepada saya untuk memilih,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Zayn mengatakan dia bersyukur dibesarkan dengan cara Islam sering berkata yang elok-elok mengenainya.
“Setiap agama mempunyai keindahannya yang tersendiri,” katanya lagi.
Sumber: British Vogue
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sejurus Diiktiraf Biduanita Negara, Siti Nurhaliza – “Ingatan Saya Tertoleh Kembali Mengingatkan Bait Kata Ayah, Allahyarham Haji Tarudin Yang…”
Penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza memanjatkan rasa syukur di atas penganugerahan Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024, malam tadi.
Menerusi kenyataan media yang dikongsikan pada malam Rabu, Siti merakamkan ucapan penghargaan buat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi kerana mengangkat namanya sebagai Biduanita Negara yang ketiga.
“Terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi di atas anugerah ini.
“Dari hati yang luhur, saya melihat anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan kepada pencapaian kerjaya seni saya, namun merupakan lambang penghargaan kepada semua insan seni yang sentiasa memperjuangkan keindahan budaya dan muzik tanah air,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Jerat Percintaan ini turut menyifatkan ia sebagai satu tanggungjawab dan amanah untuk terus memartabatkan industri seni tanah air ke peringkat yang lebih tinggi.
“Amanah dan kepercayaan ini juga merupakan satu tanggungjawab buat saya secara peribadi untuk terus memartabatkan seni dan budaya terutama dalam bidang muzik untuk terus cemerlang dan subur mewarnai zaman.
“Kepada Allah SWT saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan kurniaan bakat, saya berpeluang memanfaatkannya untuk memberi nilai-nilai positif, inspirasi dan pengaruh yang baik.
“Seni juga menghubungkan dan menyatukan kita tanpa mengira agama, bahasa, bangsa dan negara,” ujarnya lagi.
Malah, anugerah Biduanita Negara ini turut menjadi pemangkit semangat buat dirinya untuk terus menghasilkan karya-karya terbaik seterusnya mengharumkan nama Malaysia.
“Justeru, saya berikrar untuk terus menggandakan usaha memberikan nilai positif dalam mengekalkan seni budaya untuk terus dihormati, dijaga, dihargai kerana inilah warisan yang kita ada dan perlu dipelihara.
“Dalam meraikan detik paling manis dan bermakna ini, ingatan saya tertoleh kembali mengingatkan bait-bait kata ayah saya, Allahyarham Haji Tarudin Ismail yang sering mengibaratkan saya seperti bunga melur iaitu lagu kegemaran arwah,” kongsinya lagi.
Menerusi kenyataan sama, ibu kepada dua cahaya mata ini juga merakamkan ucapan penghargaan buat keluarga dan semua pihak termasuk para peminat yang selama ini menjadi tulang belakang dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
“Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tulus khususnya kepada orang terdekat saya iaitu suami, anak-anak, ibu, arwah bapa, kaum keluarga, pengurusan, petugas dan kakitangan.
“Tidak ketinggalan, rasa terima kasih ingin saya panjangkan kepada syarikat-syarikat rakaman serta semua penerbit, komposer dan penulis lirik yang pernah terlibat dalam kerja-kerja penerbitan album saya selama ini.
“Penghargaan juga buat semua sahabat-sahabat media di semua platform yang setia memberi sokongan kepada karier saya selama ini.
“Tidak dilupa buat peminat-peminat tersayang dan pencinta muzik di seluruh rantau ini serta semua yang telah mendukung kerjaya saya selama ini,” akhirinya.
Terdahulu, Siti menerima anugerah itu dalam majlis penuh gilang-gemilang, Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang dianjurkan di Kuala Lumpur pada Rabu.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan kepada legenda muzik tanah air itu.
Selaku penerima Anugerah Khas ASN 2024: Biduan Negara, beliau akan menerima wang tunai RM30,000, kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.
Siti Nurhaliza ialah individu keempat yang diberikan anugerah berprestij itu, selepas Allahyarham Saloma pada tahun 1978, Allahyarham Datuk Sharifah Aini pada 2006 dan Allahyarham Tan Sri SM Salim pada 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI