Terdahulu, pelawak Datuk Afdlin Shauki ada memuat naik sekeping gambar ketika dia mengimbau dirinya saat bergelar penyampai anugerah ketika dia di usia muda menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, pelawak yang berusia 47 tahun itu telah menerima kecaman daripada netizen kerana merasakan perkongsian Afdlin itu seakan seperti memerli artis lain.
Berikutan dengan itu, pelawak yang berasal dari Johor Bahru itu telah memohon maaf secara terbuka di Instagram mengenai hal tersebut.
“Assalammualaikum. Sekali lagi saya nak minta maaf kerana admin saya yg sangat nakal. Saya tak kisah pun apa yg berlaku tapi mungkin overexcited kut admin nak buat content yg disruptive… so sekali lagi i apologize.”
“I don’t care kalau nobody likes me because people who knows who i am, know i am not a dick. Aku tak suka publisiti murah… aku lagi rela main dgn kucing dari sibuk sibuk dunia glamour ni… i am about my work… i do good work and am proud of it.”
“InshaaAllah god knows my heart… admin please check with me before updating anything controversial. Haters korang boleh simpan korang punya hate because i only care about my true fans and friends. I only have love for all of you”tulisnya.
Malah, posting yang dimaksud itu juga sudah pun diedit pada bahagian kapsyen agar tidak menyentuh hati mana-mana pihak. Bagus dengan cara profesional Afdlin.
Video : Instagram Afdlin Shauki