Seorang ibu pastinya mahukan yang terbaik buat anak mereka. Hal itu tidak terkecuali buat pelakon Mona Allen yang dikurniakan zuriat sulung, Petra Pekin pada 31 Ogos lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Mona atau nama sebenar, Munna Hafiraneza Allen, 37, berkata dia tidak kisah sekiranya berat badannya bertambah asalkan dapat menghasilkan susu badan yang mencukupi buat anak sulungnya itu.
“Selagi ada susu di badan mummy, akan mummy berikan seluruhnya pada kamu. Biarlah mummy terpaksa minum dan makan banyak untuk pengeluaran susu yang optimum, janji kamu ceria dan sihat sentiasa.
“Biarlah mummy terpaksa berjaga malam untuk menyusukan kamu, janji kamu tidak menangis kehausan.
“Biarlah mummy duduk berjam-jam lamanya, janji kamu selesa menyusu dalam keadaan begitu.
“Biarlah mummy bawa kamu ke sana ke sini, janji kamu tidak putus susu dgn mummy,” tulis Mona di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Dalam entri tersebut itu juga, Mona turut menzahirkan penghargaannya kepada suami, pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim, 41, yang banyak membantunya dalam mengharungi cabaran sepanjang bergelar seorang ibu.
“Ya.. Mummy mengaku penyusuan bukan semudah ABC. Bila susu drop, mummylah orang yang paling sedih dan susah hati.
“Mujur daddy (Pekin) banyak membantu.. Daddy selalu urut belakang mummy untuk memperbanyakkan penghasilan susu. Daddy juga sentiasa belikan mummy makanan yang sedap-sedap.
“Bila mummy terlelap, daddy biarkan mummy rehat dan tidur sebentar. Daddy mengerti, ini perjuangan mummy, daddy sentiasa support mummy. Thanks Daddy!” tulis Mona lagi.
Mona juga turut memohon agar dia terus diberikan kesihatan yang baik demi memberikan penjagaan ‘tip top’ buat Petra.
“Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki susu buat anakku. Kau kuatkan kudratku untuk terus memberi susu yang terbaik buat anakku. Hindarkanlah perkataan malas dalam diriku.. Dan kau berilah kesihatan yang baik untukku terus menjaga anakku.
“Anda ibu menyusukan anak? Jangan putus asa ya, sebab kita ibu yang hebat,” tulisnya.
Sekadar info, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenar, Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mona Allen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI