Lebih dua tahun bergelar duda, pelakon dan penyampai radio, Issey Fazlisham mengakui dia tidak terburu-buru di dalam mencari pasangan hidup kerana mahu lebih fokus terhadap kerjaya seninya ketika ini.
Katanya kepada MH, setakat ini dia sendiri tiada wanita yang boleh dikatakan teman rapat. Sebaliknya hanya mereka yang boleh dikategorikan sebagai kawan biasa sahaja.
“Saya belum ada pengganti. Tiada yang betul-betul rapat. Bukan takut dengan pengalaman lalu, tetapi sekarang saya lebih selesa beri fokus dengan kerjaya sekarang, banyak komitmen yang perlu diselesaikan,” katanya jujur.
Ditanya sama ada dia pernah rasa sunyi tanpa insan bergelar isteri di sisi, pelakon Hantu Don tidak menafikan perkara berkenaan.
Cuma, jadual kerja yang padat di samping meluah perasaan pada lagu menjadi alternatif terbaik buatnya untuk hilangkan rasa sunyi.
Ads
“Bohonglah kalau saya kata tak sunyi. Sebab itulah saya ada luahkan pengalaman lalu dalam single sulung saya berjudul Alololo. Kiranya lagu tersebut sebenarnya diinspirasikan daripada kisah lalu saya juga,” jelasnya yang tidak memberi sebarang target untuk menamatkan zaman duda.
Diminat menyebut kriteria bakal isteri yang dicari-cari Issey, bintang ini menjelaskan dia mendampa wanita yang memahami kerjayanya sebagai anak seni dan bukan di kalangan mereka yang satu industri.
Ads
“Kalau boleh dia kena faham dengan kerja saya yang tidak menentu dan kalau boleh, nak elak rakan industri sebab saya nak wanita yang dunia kerjayanya berbeza dengan saya. Barulah lebih cerita yang boleh dikongsikan bersama.
Ads
“Tak kisah kalau janda pun. Janji dia seorang yang begitu memahami itu sudah memadai. Rakan-rakan sebaya lain pun sudah ada keluarga dan anak sendiri. Siapa tahu lepas ni jodoh saya dengan wanita yang sudah ada anak pula,” seloroh Issey.
Terdahulu, Issey ditemui media pada majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Deeja Cosmetics 2018 di Hartamas, Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Issey kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Ustaz Evo The Movie untuk siaran Astro Warna.
Foto: Instagram Issey Fazlisham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Misha Omar memberitahu dia tidak menghalang sekiranya anak-anaknya ingin menceburi karier seni nyanyian selepas ini.
Meskipun begitu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, dia tetap mahu menitikberatkan soal akademik permata hatinya itu dengan sebaik mungkin.
Jelas penyanyi berusia 39 tahun ini lagi, soal akademik harus diberikan keutamaan.
“Yang paling penting akademiknya. Kalau dah habis sekolah, boleh sahaja kalau nak ceburi dalam bidang nyanyian.
“Jika nak menyambung pelajaran dalam bidang muzik pun, saya mengalu-alukan. Seperti Ernie Zakri contohnya, yang merupakan graduan dalam bidang muzik.
“Kalau anak-anak sudah ada minat ke arah itu misalnya, kita sebagai ibu bapa sudah pasti mahu anak-anak berjaya tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.
“Insya-Allah saya cuba untuk sokong apa juga kecenderungan mereka,” katanya kepada MH.
Imbas kembali, Misha mendirikan rumah tangga bersama Firros Ezzwan pada 2 Mei 2014.
Hasil perkongsian hidup bersama, penyanyi lagu Tanpa Rela ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5 tahun.
Misha juga memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini mencecah usia 15 tahun.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi laman Twitter, Instafamous Sharifah Rose ada melayangkan kisah romantis apabila sang kekasih, Aazief Khalid menempah tuala wanita secara bulanan dan dihantar terus ke rumahnya setiap bulan.
Jelasnya, tindakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini disebabkan dia terlupa membeli tuala wanita tempoh hari.
“Forgot to buy pads the other day and Aazief subscribed a monthly organic pad to be sent to my house every month,” tulisnya sambil disertakan dengan bungkusan hadiah serta ucapan romantis yang diterima.
Forgot to buy pads the other day and Aazief subscribed a monthly organic pad to be sent to my house every month pic.twitter.com/Ei2HM2YuVs
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.