Pengasas jenama Talia yang juga pelakon, Datin Thalia Baiduri akui meski pun sibuk dengan komitmen kerjaya namun tanggungjawab sebagai isteri dan ibu juga perlu menjadi keutamaan.
Suri hati kepada Datuk Shahriza Amir itu berkata, meski ada pembantu, itu bukan alasan untuknya pandang sebelah mata, misalnya dalam hal berkaitan masakan.
“Ya saya memang ada pembantu rumah, tapi itu bukan alasan saya lepas tangan dan saya tetap masuk dapur dan masak untuk suami dan anak-anak.
“Bagi saya itu penting untuk menawan hati serta amanah kita menjaga keluarga serta pastikan mereka dapat air tangan yang bersih dan sedap.
“Tak kisah masakan biasa sekali pun, biarlah dari tangan kita dan curi juga masa untuk tujuan itu,” kata ibu kepada empat cahaya mata itu.
Thalia yang sebelum ini pernah viral susulan kisah pertemuannya dengan bapa yang terpisah sejak 30 juga menyifatkan Ramadan kali ini penuh makna termasuk dalam hal kehidupan dan perniagaan.
Tahun ini, Talia ada menawarkan dua buah motorsikal untuk pelanggan terpilih sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal, sebagai penghargaan buat pelanggan yang terus menyokong dan setia dengan jenama itu.
“Kali ini antara fokus jualan kita ialah Dolly Milk iaitu susu penggalak untuk tampil lebih cerah dengan rasa sedap dan memberikan kesan efektif.
“Saya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, dulu saya hitam lepas amalkan setahun susu ini Alhamdulillah memang nampak perubahan.
Ads
“Dolly Milk diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu strawberry serta honey dew.
“InsyaAllah atas sambutan baik, kami juga sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahu ini menerusi Dolly Milk,” katanya yang turut giat mempromosikan Glam V, iaitu minuman yang mampu membantu mengurangkan berat badan dengan perisa latte.
Thalia, 37, atau lebih mesra dengan panggilan Bunda Lia menambah, cara untuk memenangi motorsikal itu ialah dengan membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikannya dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.
Ads
Sementara itu, Talia turut tampil dengan lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan pihaknya untuk digayakan pada pagi lebaran nanti.
“Kita tampilkan lima jenis rekaan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan.
“Lebih menarik size sehingga 2XL dan harga di bawah RM250 sahaja dan rekaan busana Syawal kali ini kita namakan Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.
Malah Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama itu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Awal semalam, pelakon Emma Maembong ada memuat naik satu potongan video pendek yang merakamkan aksinya sejurus selesai melakukan salah-satu babak menerusi drama terbaru lakonannya, Cemburu Seorang Perempuan yang kini rancak bersiaran.
Difahamkan, watak tersebut adalah ketika Emi mengamuk selepas mengetahui Zik dan Dhia sebenarnya sudah pun bersama.
“Lepas scene emi “jerit2 bg tahu dia sakit dapat tahu zik dgn dhia dah bersama” sakit kepala, mental jap betul2.
”THANK YOU @tqahadei AND @imanikhairiah jaga emma time ni. sakit sgt kepala asyik jerit2 #cemburuseorangperempuan #emanizers #Emmamaembong @emanizers,” tulisnya.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Menerusi ruangan komen, rakan selebriti termasuk peminat turut memuji lakonan Emma yang disifatkan terbaik dan lari dari mana-mana watak yang pernah dibawakan sebelum ini.
Selain Emma, Cemburu Seorang Perempuan yang sudah pun berada ke penghujungnya ini turut di dukung para pelakon hebat lain seperti Amar Baharin, Amyra Rosli, Nazrief Nazri dan ramai lagi.
Drama sebanyak 20 episod ini ditayangkan menerusi slot Drama Vaganza di Astro Ria dan Ria HD setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.
Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Raja Ilya, 33, mengesahkan dirinya sudah sah bergelar isteri kepada lelaki warga Australia dikenali sebagai TWG atau Trent, 37, pada 23 Disember lalu.
Kongsi Ilya, majlis pernikahan itu diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
“Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Majlis ini dilakukan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta kenalan terapat sahaja.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap kenalan dan peminat doakan jodoh kami kekal selamanya,” katanya.
Ilya turut menambah, beliau masih sibuk dengan jadual penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 yang akan disambung di Perth bulan depan.
Katanya, jika ada rezeki beliau tidak menolak untuk mengatur sebuah majlis resepsi di Malaysia bergantung kepada kelapangan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan.
Tahniah dari MH buat Ilya dan suami!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Akhirnya kisah rumah tangga di antara pelakon dan usahawan, Fizo Omar bersamabekas isteri, Mawar Abd. Karim telah menemui nokhtahnya.
Pasangan ini akhirnya bercerai dengan talak satu kira-kira jam 10.55 pagi tadi Mahkamah Rendah Syariah Ulu Langat, Seksyen 9.
Apa pun, ketahui terlebih dulu mengenai 10 fakta menarik Fizo yang mungkin jarang diketahui umum.
1.Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan pada 19 Julai 1985.
2.Bukan sahaja tampan malah pelakon inj juga seorang yang bijak. Fizo memiliki Diploma Kejuteraan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis.
3.Pelakon berusia 33 tahun ini merupakan anak kedua daripada empat adik beradik dan mempunyai darah campuran Melayu, Arab dan Siam. Ayahnya berketurunan Melayu manakala ibunya pula berketurunan Siam dan Arab.
4.Menyedihkan, Ayah kepada Fizo telah kembali ke rahmatullah pada Julai 2011. Wan Omar, 80, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
5. Sejak kecil lagi, Fizo sudah terlibat secara serius bermain bola sepak ke peringkat negeri dengan mewakili negeri Kelantan dalam beberapa kejohanan yang disertai.
6.Pada tahun 2007, Fizo menyertai pencarian Hero Remaja 2007/2008 sekaligus menjadi naib juara. Juara untuk edisi berkenaan ialah Kamal Adli.
7.Selepas itu, Fizo memulakan karier sebagai seorang pelakon dan nama Fizo semakin dikenali apabila dia membintangi sebuah drama bersiri bertajuk Matahari pada tahun 2009 yang disiarkan di saluran TV3.
8. Pada 10 November 2013, Fizo Omar selamat bergelar suami kepada seorang usahawan, Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.32 pagi di Country Heights, Kajang. Fizo telah memberi mas kahwin berjumlah RM 506 kepada Mawar.
9. Fizo telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam pada 29 Disember 2017.
10. Bagaimanapun, rumah tangga Fizo telah berakhir apabila Fizo telah melafazkan lafaz cerai talak satu kepada Mawar di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat pada 10 Julai. Bagaimanapun, keduanya berpisah secara baik dan reda dengan perpisahan itu.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berita baik buat warga Sarawak, khususnya di Miri! Astro dengan kerjasama TV Sarawak (TVS) bakal menganjurkan acara muzik berskala besar, Konsert MeleTOP TVS pada 17 Mei ini bertempat di Stadium Tertutup Miri.