Kakak kepada Emma Maembong, Beby Maembong ada berkongsi foto kenangannya bersama adik tersayang pada Jumaat.
Beby atau nama sebenarnya, Nurulaini Ismail memuat naik foto mereka berdua menerusi satu entri terbaru di Instagram, @Bebyeejunior yang dikemas kini.
Tulis Beby, dia dan Emma tidak kisah mengenai jantina anak yang bakal lahir, memadai ia andai bayi yang dilahirkan sihat sempurna.
“Mummy & Miema masa ni Mummy 25 weeks dan Miema 12 weeks. So rasanya ni baby boy ke girl?
“Kita orang tak kisah pun, anak kan anugerah Allah. Janji sihat dan sempurna,” titip Beby.
Usahawan ini pada masa sama turut berkongsikan pengalaman hamil buat kali ketiganya.
“Mummy serabai sangat tu. Mengandung kali ni jadi serabai pula dan malas nak bersiap. Rambut serabai, muka tak mekap, baju pun tak iron,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Emma mencuri perhatian warga maya apabila mengumumkan dirinya hamil di Instagram.
Serentak dengan pengumuman gembira itu, para peminat tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah buat pelakon Cik Sempurna itu.
Foto: Instagram Bebyeejunior, Beby Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pengalaman Bermakna Tak Akan Saya Lupa,” – Nad Zainal Buat Pertama Kali Berkongsi, Hampir Sebak Cerita Reaksi Anak
Selepas sebulan menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat pendarahan dalam paru-paru, pelakon Nad Zainal menyifatkan ia sebagai suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Menurut Nad, 32, apa yang berlaku membuatkan dia kini lebih menghargai kehidupan.
“Pengalaman selama sebulan di hospital, ia satu pengalaman bermakna dan tak akan saya lupakan. Ia membuatkan saya lebih menghargai kehidupan dan akan lebih berhati-hati.
“Akan selalu lakukan pemeriksaan kesihatan selain nak hargai semua makanan. Tak mahu buang-buang dah. Nanti kita cerita selebihnya.
“Hari ini lebih kepada saya ingin menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan semua,” katanya yang akan mengulas lanjut mengenai penyakit yang dialami di lain masa.
Nad berkongsi perkara tersebut buat pertama kali menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di platfrom TikTok malam tadi.
Antara lain, pelakon drama Cina Buta itu turut kelihatan sebak apabila berkongsi reaksi anak-anak sejurus melihatnya kembali pulih.
“Sudah tentu mereka gembira. Ibu bapa saya datang terlalu awal sebelum masa saya dibenarkan keluar hospital.
“Jadi saya minta kebenaran pihak hospital untuk saya jalan keluar ke kereta ibu bapa. Nak tengok anak-anak saya.
“Saya berjalan buat pertama kalinya dari hospital. Saya nampak Som, dia tunjukkan kat saya dan cakap ‘mummy mummy’.
“Boleh nampak dari dalam kereta, Som dah senyum dan nampak barisan gigi dia sudah penuh. Ketika saya dalam wad, dia sakit gusi sebab nak tumbuh gigi.
“Itulah pengalaman yang saya tak boleh lupa dengan melangkah keluar kena matahari. Dia macam ‘wow’ hidup baru. Begitulah… sebulan kot tak jumpa anak,” katanya lagi.
Menerusi sesi sama, Nad turut memberitahu dia akan berehat daripada dunia lakonan terlebih dulu atas nasihat keluarga dan rakan-rakan.
Malah Nad turut memberikan dedikasi kepada semua pihak yang menitipkan semangat serta doa yang baik-baik sekaligus meminta segelintir pihak agar menghentikan spekulasi yang tidak berasas.
Terdahulu pada Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin beberapa hari lalu dilaporkan sudah sedarkan diri malah sudah dipindahkan daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa.
Perkara tersebut dimaklumkan pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohammedin yang turut memberitahu, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin juga sudah mampu berbual dan ketawa serta menunjukkan perkembangan positif sejak dimasukkan ke hospital pada 22 November lalu akibat pendarahan dalam paru-paru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Paru-Paru Semua Cun, Darah Merah Je Kurang Sikit,” – Bakal Jalani Kemoterapi Terakhir, Elyana Dedah Tahap Kesihatan Terkini
Penyanyi, Elyana mendedahkan dirinya baru sahaja selesai menjalani sesi rawatan kemoterapi bagi memantau keadaan penyakit kanser yang pernah dilaluinya sebelum ini.
Menurut Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, pihak doktor mengesahkan keadaan kesihatan kini sudah bertambah baik namun ada beberapa perkara yang harus diberikan pemantauan.
“Alhamdulillah, selesai chemo ada balance satu kali lagi. Result darah alhamdulillah bagus. Liver, paru-paru semua cun tapi darah merah je kurang sikit 11.
“Tapi banyak beza masa beberapa bulan lepas bacaan dia 7 je. Masa tu kena masuk darah,” tulisnya.
Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Elyana turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang gemar menderma darah bagi membantu pesakit sepertinya.
“Thank you kepada yang selalu menderma darah. Tak ternilai jasa anda…love you,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut berharap agar Elyana akan terus sihat sampai bila-bila.
“Alhamdulillah, moga kesihatan Elyana bertambah baik.
“Yay Alhamdulillah. Great news Nana.
“Suka tengok Elyana sentiasa positif dan kuat sangat.
“Alhamdulillah, Allah mendengar semua doa-doa Nana. Ramai yang mendoakan nana.
“Alhamdulillah syukur, senjata paling kuat adalah sabar,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Pada hujung tahun lalu, Elyana berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapi sejak 11 tahun yang lalu kini sudah pun pulih sepenuhnya.
Terdahulu, Elyana memberitahu mengenai penyakit kenser limfomanya itu ketika menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Main Tendang Anak Orang What The Heck,” – Video Pihak Berkuasa Didakwa Tendang Penunggang Motosikal, Ini Reaksi Fathia Latiff
Semalam, rapper dan usahawan, Caprice ada memberikan pendapatnya berhubung isu seorang anggota polis yang didakwa bertindak menendang seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.
View this post on InstagramA post shared by Caprice (@capriceofficial) on
Video tersebut turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah pelakon, Fathia Latiff.
Menurutnya, anggota berkuasa tersebut tidak sepatutnya melakukan hal yang sedemikian malah menganggap ada yang lebih baik boleh dilakukan.
“Salam. Agak-agak la nak tendang orang. Ambil je no plate motor kan senang.
“Lepastu panggil pergi balai polis. Main tendang anak orang what the heck,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fatiya menerusi ruangan komen posting yang dimuat naik oleh Caprice itu.
Melihat di bahagian komen, rata-rata netizen memberikan respon yang pelbagai terhadap kenyataan yang diberikan oleh pelakon berusia 32 tahun itu.
Terdahulu, memetik laporan Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, siasatan kini sedang dijalankan ke atas anggota itu membabitkan pelanggaran tatatertib.
Anggota polis trafik berkenaan kini diarahkan untuk bertugas di pejabat sementara siasatan dijalankan ke atas dirinya.
Sumber: Harian Metro & Instagram Caprice & Fatiya Latiff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI