Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menyifatkan parodi yang dibuat berdasarkan insiden yang membabitkan Sissy Iman, Naim dan Mummy (Mas Idayu) di Famili Duo, Ahad lalu di media sosial sebagai sesuatu yang tidak wajar.
Ayda yang turut bersaing di dalam program sama menegaskan tidak sepatutnya dijadikan kontenmemandangkan ia boleh membuatkan keadaan bertambah lebih keruh.
“Kepada semua, tak kisahlah siapa pun termasuk influencer, artis sendu, hot ke tak, stop buat parody about Sissy, Naim & Mummy.
“Tak kelakar dan tak perlu. Tak perlu ride dengan issue yang ada. Jadi minyak nak tambah api. Cari bahan and cara lain untuk buat content or jadi terkenal. Semoga berjaya yer. Sekian terima kasih,” luahnya.
Ayda berkongsi perkara tersebut menerusi status yang dimuat naik di Insta Stories, pada Khamis.
Dia pada masa sama turut menitipkan kata semangat buat Naim dan Sissy.
“Sissy dan Naim, come back stronger. Fikir yang positif, semangat, insya-Allah semuanya dipermudahkan,” tulisnya lagi.
Terdahulu, persembahan duo sepupu itu menerima reaksi negatif daripada salah seorang juri, Mas Idayu sejurus persembahan bertemakan ‘Minggu Tradisional’ pada minggu keenam dengan membawakan lagu Jampi dalam versi keroncong.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/8ttp5ExNbn0
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI