Penyanyi Hafiz Suip menerusi Instgaram ada berkongsi pandangan mengenai ‘body shaming’ yang melibat soal kritikan terhadap figura seseorang.
Menurut Hafiz atau nama sebenarnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip menjelaskan figura kurus pun tidak terlepas daripada hal tersebut.
“Body shaming… Aku ingatkan perkataan ni untuk oranf gemuk je. Rupanya orang kurus pun kena jugak.,” kongsi Hafiz.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, penyanyi berusia 31 tahun ini turut meminta warganet untuk tidak melibatkan orang dalam hal membabitkan dirinya.
“Sebelom kita tido jom kita bermaaf maafan dulu..saya maafkan korang semua baik tak kenal maupun yang kenal. Macam-macam saya dapat hari ni maupun yang baik atau yang buruk.
“Tak kisah lah korang nak cakap apa tentang saya tapi jangan libat kan orang lain mahupun keluarga saya.
“Cakap-cakap pasal saya ni dah biasa sangat gais, nama pun artis ye dok. Yeke artis?,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya turut memberikan pendapat masing-masing dan ada yang meminta Hafiz supaya tidak endahkan komen negatif.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI
untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!Foto: Instagram Hafiz Suip