“Saya tak kuat juga, menangis menyembah bumi banyak kali.”

Demikian luahan penyanyi Tom,35, selepas ditanya mengenai kecekalannya menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sejak beberapa tahun lalu.

Sekian lama tidak bertemu anak sulung yang dikenali sebagai Adam selepas berpisah dengan bekas suami pertama, Tom yang juga bintang Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) tidak menafikan tiap masa terbit rasa rindu terhadap anak lelakinya itu.

“Kalau boleh saya elakkan untuk bercerita mengenai kisah lama, tetapi saya faham bila kembali dalam industri, kita tidak boleh lari. Tambahan pula dengan adanya media sosial sekarang.

Ads

“Jujurnya bila orang bertanya mengenai hidup saya, tidak banyak cerita menarik pun yang boleh dikongsi. Cuma saya bersyukur, sekurang-kurangnya saya ada menjaga dua cahaya mata, Adler dan Evans. Mereka sumber kebahagiaan dan kekuatan saya.

“Bila seorang anak sudah terpisah yang seorang itu, jadi merekalah jadi pengubat rindu. Saya memang akan jaga mereka betul-betul supaya tidak ‘dirampas’ lagi,” katanya.

Terdahulu menerusi sedutan rakaman temubual sebelum persembahannya minggu lalu, Tom berkongsi mengenai dirinya yang terpaksa bersalin seorang diri tanpa ditemani suami di sisi.

Ads

Menurutnya, ketika usia kandungan anak ketiganya mencecah dua bulan, dia membawa diri ke Langkawi bagi menjalani kehidupan baru.

Ditanya mengenai apa yang ingin disampaikan kepada anak sulungnya itu, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram menyatakan rasa sayang dan rindu untuk bertemu.

Ads

“Mama sayang sangat pada Adam. Mama buat ni bukan saja untuk adik-adik, tapi kepada Adam juga. Harap kita dapat jumpa satu hari nanti.

“Tak mahu rampas Adam daripada siapa-siapa, Mama nak peluk nak sayang je. Nak bawa Adam jumpa dua adik juga,” katanya sebak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI