Semalam, negara digemparkan dengan insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.
Insiden hitam itu telah menyebabkan ada harta rosak, termasuk kecederaan seorang anggota bomba, Mohammad Adib Kasim yang dilaporkan patah tulang rusuk ketika kejadian berlaku.
Sejurus insiden tersebut, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Subang Jaya Medical Centre dan kini difahamkan telah ditempatkan di unit rawatan rapi.
Perkhabaran tersebut telah mengundang rasa sayu di hati tunangnya, Nurul Najihah yang dikatakan sudah merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.
“Kamu kuat. Cepat bangun kamu Muhammad Adib. Doakan tunang saya. Tak kuat tengok kamu macam tu,” tulisnya.
Pada masa sama, Najihah memohon kepada orang ramai supaya mendoakan tunangnya itu segera sedar dan pulih seperti biasa.
Dalam pada itu, dia turut meminta supaya netizen berhenti daripada membuat spekulasi yang boleh memburukkan keadaan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan insiden tersebut selain turut menitipkan doa buat tunang Najihah itu.
MH doakan semoga Adib segera sedarkan diri dan sembuh seperti sedia kala.
Foto: Facebook Nurul Najihah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI