Penyanyi Tajul ada berkongsi foto terkininya bersama isteri, Nurul Shamieza Eddie yang kini sedang hamil anak kedua mereka.
Sambil berkongsi rasa teruja, bintang yang kini muncul menerusi single Izinkan Aku ini juga turut bertanya mengenai jantina bayi yang bakal lahir kepada para pengikutnya di Instagram.
“Tak lama je lagi jumpa second baby, doakan kami dipermudahkan segala urusan.
“Korang rasa baby girl lagi or baby boy gang Tajul?,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Hasil tinjauan, kebanyakan peminat teka pasangan muda ini bakal timang bayi lelaki dan tak kurang yang berdoa semoga urusan bersalin si isteri dipermudahkan.
Difahamkan, Shamieza dijangka bersalin awal Mei depan.
Tajul atau nama sebenarnya, Tajul Arif Noor Md. Shari mendirikan rumah tangga dengan isterinya pada tiga tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.
Foto: Instagram Tajul