Setiap manusia dalam dunia ini telah ditetapkan jodoh masing-masing, ada yang jodoh datang lambat, jodoh datang di usia muda, jodoh dengan suami orang, jodoh dengan orang yang lebih berusia dan banyak lagi. Itu semua adalah ketentuan qada’ dan qadar yang ditetapkan oleh ALLAH SWT.

Pelakon cantik, Elvina Mohamad menerusi satu sumber memberitahu bahawa dia bakal bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac ini.

Haniff merupakan seorang usahawan dan selebriti sukan permotoran yang kini berusia 31 tahun. Wah MH salute dengan Haniff, di usia yang masih muda sudah berjaya menerima gelaran datuk.

Bercerita soal perkahwinan, Elvina berkata dia percaya dengan ketentuan ALLAH SWT kerana soal jodoh itu bukan kita yang menentukan.

Ads

Pelakon ini berkata lagi, dia terbuka hati untuk menamatkan zaman bujangnya di usia muda kerana bakal suaminya juga dilihat begitu bersungguh untuk memperisterikan Elvina.

“Saya juga berasakan keputusan untuk berkahwin ini bukan penghalang kepada kerjaya seni, sebaliknya saya yakin ada rahmat menanti pada hari nan mendatang.

 

“Pihak pengurusan saya sendiri, MindOrder Sdn Bhd, sudah meneliti sedalam-dalamnya keputusan ini, selain restu daripada kedua-dua ibu bapa dan keluarga. Alhamdulillah, mereka sentiasa menyokong dan tidak henti memanjatkan doa atas keputusan saya ini,” katanya kepada BH Online.

Elvina dan bakal suaminya bakal dinikahkan di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3 petang dan kira-kira sejam sebelum itu, dia dan bakal suaminya akan ditunangkan.

Ads

Dalam pada itu, Elvina turut menjelaskan dia dan Haniff sudah berkenalan sebelum bakal suaminya itu menerima gelaran datuk lagi jadi tiada istilah pelakon ini mahu berkahwin dengan Haniff kerana mahukan gekaran datin.

Ads

“Saya dah kenal dengan Haniff sebelum dia dapat datuk pun, so saya bukan nak kahwin dengan dia sebab nak dapat title datin,” katanya.

Tambahnya lagi, gelaran itu tidak menjadi masalah buatnya kerana Elvina Mohamad tetap akan menjadi orang yang sama.

Apapaun MH doakan segala urusan menuju hari bahagia dipermudahkan.

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI