Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita, Fazura yang sering menjadi perhatian peminat.
Terbaru, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin ada memuat naik sekeping foto di akaun Twitter miliknya.
Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu memuat naik foto keadaan terkini tangannya yang cedera akibat terkena minyak panas ketika memasak, baru-baru ini.
“Bagi yang penuh kasih-sayang serta prihatin tanya pasal keadaan tangan Faz, ni gambar terkini.
Ads
“Slowly recovering. InsyaAllah tak lama lagi sembuh ni. Mudah-mudahan. Amin!
“Terima kasih sebab selalu tanya khabar dan doakan Faz,” tulisnya.
Ads
Bagi yang penuh kasih-sayang serta prihatin tanya pasal keadaan tangan Faz, ni gambar terkini. Slowly recovering. InsyaAllah tak lama lagi sembuh ni. Mudah-mudahan.. Amin! Terima kasih sebab selalu tanya khabar dan doakan Faz. 🤲🏻💖 pic.twitter.com/FOKMZTmT0G
MH perasan sejak akhir-akhir ini banyak pula cerita tentang kereta terbakar, ada yang berpunca daripada meninggalkan power bank di dalam kenderaan dan ada juga kerana beberapa sebab!
Tetapi apa yang paling MH terkejut apabila mengetahui pelekat getah yang mempunyai fungsi lekat di cermin juga boleh menjadi salah satu punca kebakaran kenderaan!
Melalui sebuah posting di Facebook, ada individu yang sempat merakam keretanya berasap di bahagian stereng apabila berada di bawah pelekat lutsinar yang melekat di cermin depan keretanya. Memang menakutkan!
Walaupun video tersebut dipercayai berlaku di luar negara namun MH masih tak boleh bayangkan jika situasi ini terjadi pada kereta kita sendiri bukan?
Jadi sekirannya korang sering letak kenderaan di bawah terik matahari pastikan tiada sebarang bahan yang boleh menyebabkan atau menjadi punca kebakaran berada di dalam kenderaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd (USANITA), Datin Seri Adzliana Hasan tumpang gembira melihat kejayaan yang dilakar penyanyi Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), baru-baru ini.
Sebagai penaja persembahan lagu Jangan Mati Rasa Itu, Adzliana teruja apabila dapat merialisasikan impian Aina.
“Kalau nak tanya kos, saya pun tak ingat. Namun, saya nampak kelainan yang Aina dan pasukannya cuba tampilkan. Sememangnya di luar jangkaan.
“Ramai yang kongsikan semula video persembahan Aina kepada saya. Rata-rata kata terkejut dan sifatkan persembahan Aina sangat dasyat,” katanya kepada MH.
Adzliana berkata sedemikian ketika ditemui di acara tertunjukkan fesyen Amber x Anna Jobling yang berlangsung di The Estate, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, Aina dan USAHANITA telah lama bekerjasama lebih-lebih lagi dalam usaha untuk memperkasakan wanita.
“Aina banyak terlibat dengan program kita yang berkisarkan tentang pemerkasaan wanita di USAHANITA.
“Bila saya melihat Aina, dia punyai kemampuan untuk memberikan kekuatan khususnya buat para wanita melalui nyanyiannya.
“Orang ramai sukakan suara dan penampilan Aina walaupun dia tampil agak luar biasa,” katanya lagi.
Lantaran itu, Adzliana juga mahu para wanita mencontohi keperibadian Aina yang sentiasa berani mengejar apa yang diinginkan.
“Pada saya, Aina punyai satu ciri yang sangat istimewa yang membuatkan para wanita datang ke platform saya. Bila kami berbincang, Aina juga sukakan misi USAHANITA.
“Aina suka mencuba fesyen yang orang lain tak berani nak buat. Kelainan inilah yang patut diterapkan kepada para wanita di luar sana untuk sentiasa berani mencuba.
“Disebabkan itu, kami melantik Aina sebagai rakan strategik. Kami mahukan para wanita ini berani untuk melakukan sesuatu di dalam hidup mereka,” ulasnya lagi.
Terdahulu, Adzliana yang juga merupakan pemilik jenama feysen Amber teruja untuk memerkenalkan kempen Atma Sari sempena koleksi Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024.
Untuk kempen kali ini juga, Amber telah berkolaborasi bersama pelakon terkenal, Anna Jobling.
Sebanyak 12 koleksi pakaian wanita dan dua jenis kurta lelaki yang hadir dengan empat jenis warna telah pun diperkenalan untuk koleksi tahun ini.
Menariknya, kesemua koleksi Atma Sari telah dinamakan sempena nama-nama watak yang pernah dilakonkan Anna sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Sari Yanti yang kini bahagia membesarkan anak bongsunya, Dariya Inara yang dilahirkan pada 25 April tahun lalu mengakui, dia lebih selesa untuk menyusu badan.
Meski ia bukanlah pengalaman pertama dalam menyusukan anak, Sari Yanti seperti yang dipetik menerusi Mingguan Wanita bagaimanapun memberitahu, tugas menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah.
Apatah lagi, ia demi memastikan anak kekal sihat.
“Tidak dinafikan terdapat lambakan suplemen untuk kaum ibu tambah susu badan di luar sana. Tetapi saya memang tidak mengambil sebarang suplemen.
“Paling penting bagi ibu yang menyusukan anak seperti saya sendiri, sentiasa berfikiran positif kerana menyusukan anak bukan perkara yang senang,” katanya.
Ujarnya lagi, proses menyusukan anak akan kian sukar apabila anak bayi semakin membesar.
“Lebih-lebih lagi apabila bayi makin membesar, proses menyusu badan menjadi lebih susah. Jangan sesekali terfikir atau terdetik di hati yang susu tak cukup nanti kesudahannya susu memang akan kurang. Percayalah permintaan susu akan ada bila ada penawaran. Jadi jangan bimbang susu tidak cukup,”jelasnya lagi.
Terdahulu, Sari Yanti mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepah 25 Februari 2017. Sementara menerusi perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Foto: Mingguan Wanita, Instagram Sari Yanti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...