Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita, Fazura yang sering menjadi perhatian peminat.

Terbaru, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin ada memuat naik sekeping foto di akaun Twitter miliknya.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu memuat naik foto keadaan terkini tangannya yang cedera akibat terkena minyak panas ketika memasak, baru-baru ini.

“Bagi yang penuh kasih-sayang serta prihatin tanya pasal keadaan tangan Faz, ni gambar terkini.

IKLAN

“Slowly recovering. InsyaAllah tak lama lagi sembuh ni. Mudah-mudahan. Amin!

“Terima kasih sebab selalu tanya khabar dan doakan Faz,” tulisnya.

IKLAN

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Fazura cepat sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala.

“Tak Lama Lagi Sembuh Ni,” – Tangan Tercedera Kerana Minyak Panas, Fazura Kongsi Gambar Terkini

Foto: Instagram Fazura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI