Pelakon, Zamarul Hisham mendedahkan dia sebenarnya sudah bersedia untuk menerima kecaman daripada netizen dek kerana watak Adam yang dilakonkannha di dalam drama Aku Tanpa Cintamu.

Menurut Zamarul, dia juga mahu menimbulkan perasaan bercampur baur di hati para penonton saat menyaksikan drama terbarunya itu.

Zamarul Hisham Ulas Isu Babak Bersentuhan, Dah Jangka Watak Adam Akan Dikritik; “Tak Lebih Sebagai Abang & Adik.” Zamarul Hisham Ulas Isu Babak Bersentuhan, Dah Jangka Watak Adam Akan Dikritik; “Tak Lebih Sebagai Abang & Adik.”

“Bila tengok jalan cerita, saya memang dah boleh agak watak Adam ini akan menerima kecaman yang hebat. Saya 110 peratus yakin mengenai perkara tersebut.

“Bagaimanapun, sebagai hero, otak saya ni selalu berpusing dan saya juga kerap berbincang dengan Bella tentang bagaimana untuk menyelamatkan watak Adam ini agar boleh disukai juga oleh penonton.

“Kecaman itu akan tetap ada cuma dalam kecaman itu akan terbit juga rasa sayang dan kasihan. Memang susah saya nak bawa tanggungjawab ini tapi saya dah berikan sehabis baik,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, kecaman juga menandakan watak yang dimainkannya itu telah dibawa dengan baik sehingga berjaya meninggalkan kesan di hati penonton.

Ads

Zamarul Hisham Ulas Isu Babak Bersentuhan, Dah Jangka Watak Adam Akan Dikritik; “Tak Lebih Sebagai Abang & Adik.”

“Bila bercakap fasal lakonan, kecaman terhadap watak yang dibawa juga merupakan satu petanda positif. Bila kita boleh buat orang benci, itu bermakna watak tersebut menjadi.

“Bagaimanapun janganlah terbawa-bawa sampai ke luar pula. Saya sarankan tunggulah sampi episod akhir. Anda akan dapat lihat perkembangan watak Adam ini,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Diana Rafar ini turut mengulas mengenai babak-babak mesra ketika berlakon bersama Bella yang menjadi pertikaian sesetengah netizen.

Ads

Zamarul Hisham Ulas Isu Babak Bersentuhan, Dah Jangka Watak Adam Akan Dikritik; “Tak Lebih Sebagai Abang & Adik.”

“Kami selalu duduk berbincang tentang skrip dan perasaan pula menjadi berkobar-kobar untuk memberikan yang terbaik.

“Saya akui ramai juga yang pertikaikan mengenai status kami sebagai suami dan isteri orang di ketika berlakon di dalam drama ini. Aliff juga sebenarnya ada di set.

Ads

“Sebagai orang yang lebih senior, saya juga sudah meminta izin daripada Aliff dan dia faham. Saya dan Bella akan cuba mengelak daripada melakukan babak bersentuhan tapi ada juga beberapa babak yang tak dapat nak elak.

“Setiap sentuhan itu tak lebih daripada seorang abang dan adik. Kami yang bekerja ini tahu batas kami,” akhirinya.

Zamarul Hisham Ulas Isu Babak Bersentuhan, Dah Jangka Watak Adam Akan Dikritik; “Tak Lebih Sebagai Abang & Adik.” Zamarul Hisham Ulas Isu Babak Bersentuhan, Dah Jangka Watak Adam Akan Dikritik; “Tak Lebih Sebagai Abang & Adik.”

Aku Tanpa Cintamu kini sedang ditayangkan di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Selain Zamarul dan Bella, drama ini turut dibintangi oleh Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan dan Datuk Sri Eizlan Yusof.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI