Pelakon Memey Suhaiza ada berkongsi video yang merakamkan suaminya, pelakon Norman Hakim yang dilihat sedang mengira duit untuk diberikan sebagai nafkah bulanan untuk dirinya dan bekas isteri, Abby Abadi.

Lalu, Norman menerusi video tersebut antara lain memintanya dan bekas isteri untuk mendoakan agar dia terus dimurahkan rezeki.

Tak Lupa Nafkah Abby Abadi, Keperibadian Norman Hakim Dipuji – “Bagusnya Lelaki Macam Ni, Hargai Ibu Kepada Anak-Anak Dia.”

“Doakan Papa semoga sentiasa dimurahkan rezeki,” katanya di dalam video tersebut lalu turut memberikan wang nafkah kepada Memey.

Sementara itu, Memey menerusi kapsyen pula menyifatkan betapa beratnya tanggungjawab yang seorang lelaki dan hargailah apa adanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

IKLAN

“See org lelaki…Besar tanggunggjawab, bayangkan kalau ‘lagi ramai’. Lagi besar tanggungan.

“Jadi moral of the story hargailah seadanya. Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki semua ketua keluarga, suami, bapa dalam usaha menjaga tanggungjawab & amanahnya,” tulis Memey sambil mengucapkan terima kasih.

Tak Lupa Nafkah Abby Abadi, Keperibadian Norman Hakim Dipuji – “Bagusnya Lelaki Macam Ni, Hargai Ibu Kepada Anak-Anak Dia.”

IKLAN

Melihat ke ruangan komen, rata-rata peminat turut sama tumpang gembira dan rasa kagum dengan keperibadian Norman yang dilihat cukup bertanggungjawab demi anak-anak.

Tak Lupa Nafkah Abby Abadi, Keperibadian Norman Hakim Dipuji – “Bagusnya Lelaki Macam Ni, Hargai Ibu Kepada Anak-Anak Dia.” Tak Lupa Nafkah Abby Abadi, Keperibadian Norman Hakim Dipuji – “Bagusnya Lelaki Macam Ni, Hargai Ibu Kepada Anak-Anak Dia.” Tak Lupa Nafkah Abby Abadi, Keperibadian Norman Hakim Dipuji – “Bagusnya Lelaki Macam Ni, Hargai Ibu Kepada Anak-Anak Dia.”

Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

IKLAN

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Norman kemdian mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan keduanya, Memey dan Norman dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun menerima lebih 300,000 tontonan bersama ratusan komen yang ditinggalkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI