Pelakon Yatt Hamzah mengulas ciri seorang suami yang baik adalah suami yang selalu membuat isteri tersenyum bahagia walaupun jauh di mata.
Malah jelasnya, bahagia tidak memerlukan wang ringgit, cukup dengan perbuatan baik dan ingatan kepada suri hati.
Menerusi perkongsian tersebut, secara ringkasnya jelas Yatt, suami yang baik akan selalu menghubungi isteri dan sentiasa memberikan kata-kata semangat di atas kepenatan isteri menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Ada juga suami yang sering bertanya kebajikan isi rumah dan ada kalanya memberikan kejutan istimewa dengan kiriman hadiah.
“Suami yg baik adalah suami yg selalu membuat isterinya TERSENYUM BAHAGIA walaupun jauh di mata. Tak mahal pun modal nak bahagiakan isteri.
“Tak perlukan intan permata berlian(Tapi kalau ada lagi bagusss). Cukup dg PERBUATAN BAIK pada nya dan INGATAN TULUS IKHLAS.
“BETUL ke BETUL SGT? LEKAS TAG SUAMI TERCINTA,” kongsinya.
Perkongsian itu turut mendapat reaksi si suami di ruang komen.
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.
Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.
Foto : Instagram Yatt Hamzah