Selepas lama berteka-teki, pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz mendedahkan dirinya sudah tidak terlibat lagi di dalam filem The Original Gangster arahan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.
Jelas Aaron, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu ini disebabkan rasa hormat kepada bapa Syamsul yang juga merupakan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.
“Apa yang boleh saya katakan, saya tak terlibat untuk filem The Original Gangster. Kini, saya terlibat untuk filem Sherif. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan. Saya hanya bersikap profesional.
“Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Saya masih beri muka kepada Datuk Yusof Haslam. Saya sudah anggap dia seperti bapa sendiri,” katanya kepada MH.
Malah, pelakon asal Singapura itu enggan mengulas lanjut tentang dakwaan perselisihan faham dengan Syamsul.
Ads
“Tentang perselisihan faham itu, biarlah mereka yang faham sahaja tahu. Yang tak tahu, kita biarkan begitu. Saya tak mahu membuka apa-apa cerita.
“Dia pun sedang menghadapi pelbagai masalah dan macam-macam dugaan. Saya hanya doakan yang terbaik. Saya pun dah maafkan segala yang berlaku,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Aaron turut menegaskan diri bukan menarik diri sebaliknya dibuang daripada terlibat didalam filem yang dikhabar bakal menjadi filem termahal di dalam sejarah negara ini.
Ads
“Status sekarang, saya bukan menarik diri tapi dibuang. Saya sudah diberikan skrip. Dia pun ada datang rumah saya dua tiga kali, berbincang dan jalani latihan.
“Tiba-tiba saya tak diperlukan lagi. Namun, saya percaya pada qada’ dan qadar. Allah yang merancang semuanya. Setiap yang berlaku ada hikmah. Andai kata ini bukan rezeki, saya kena terima,” katanya lagi.
Aaron berkata sedemikian ketika ditemui di acara Tonton Anugerah Drama Sangat 2022 (TADS2022) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Bagaimanapun, Aaron teruju apabila dia kini bakal muncul menerusi filem aksi terbaru arahan adik, Syamsul iaitu Syafiq Yusof yang berjudul Sherif
Ads
“Dalam filem Sherif ini, saya akan bawakan watak antagonis. Watak ini sangat gila. Nemesis saya dalam drama ini adalah Syafiq Kyle dan Zul Ariffin.
“Saya rasa ramai yang menanti-nantikan babak aksi diantara saya dan Zul. Permintaan para peminat akan kami sampaikan,” akhirinya.
Pada TADS2022, Aaron telah dinobatkan selaku pemenang anugerah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa.
Drama lakonan Aaron itu juga turut diangkat sebagai Drama Terbaik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia semalam, satu entri yang dimuat naik jekaka yang didakwa merupakan teman istimewa pelakon popular, Mira Filzah mulai menjadi perhatian peminat.
Mendapat tanda suka hampir 7,000 setakat ini, dedikasi buat para wanita yang dibuat Wan Emir Astar, yang juga merupakan anak kepada ahli parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yaziod menerusi platform Instagram itu menerima komen pelbagai.
Meski foto yang dimuat naik tidak menampakkan figura secara jelas wanita berhijab yang dirakam di balik tabir itu, bagaimanapun netizen membuat andaian ia ialah Mira Filzah yang dikaitkan dengannya sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, setakat ini hubungan keduanya masih lagi menjadi tanda tanya apabila tiada pengakuan sahih mengenainya dari mulut si empunya badan.
Bagaimanapun memetik Berita Harian Januari lalu, Mira menjelaskan dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti mana-mana jejaka yang rapat dengannya ketika ini selagi belum ada kepastian.
“Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.
“Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah… Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian.
“Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka-teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga.
“Belum masanya untuk saya bercakap mengenai perkara itu. Bukan nak berahsia, tetapi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku pada masa akan datang.
“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, setiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan hubungan mereka melangkah ke alam perkahwinan. Saya juga mengharapkan perkara sama,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu hasil tinjauan, kedua-duanya saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Foto: Instagram Wan Emir, Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Jue Aziz berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya kini sedang menerima rawatan di hospital.
Menurut Jue atau nama sebenarnya, Zuliana Abdul Aziz, ibunya itu mengalami pendarahan beku didalam badannya dan kini dia sedang menantikan laporan lanjut daripada pihak doktor pakar.
Kerjaya sebagai pelakon menuntut mereka untuk sekurang-kurangnya mempunyai ingatan yang baik bagi membolehkan mereka untuk menghafal skrip yang diberikan.
Risau dengan keadaan dirinya yang kerap lupa, aktres Nabila Huda Suhaimi atau mesra disapa Abil, 38, telah meminta tips di Instagramnya bagi mengatasi masalah yang dihidapinya itu.
Menurut Abil, dia bimbang sekiranya perkara itu berlarutan, ia boleh ‘menjejaskan’ karier lakonan yang dilakukannya lebih dua dekad lalu.
“Saya rasa otak saya dah rosak la. Sekarang jadi susah nak ingat… cepat lupa. Letak phone tak ingat, nak cakap apa lupa. Makin teruk.
“Nak makan kismis dah terlambat pula. Anda tahu tak apa supplement yang bagus untuk pulihkan otak dan ingatan?
“Nampak macam main-main tapi saya serius ni… saya takut kalau saya cepat lupa, saya dah tak boleh ingat skrip atau dialog. Musnahlah karierku… tolong saya,” tulis Abil menerusi Instagram Story.
Selepas meluahkan masalah itu di Instagram, Abil kemudiannya berkongsi tips-tips berguna yang diberikan peminat dan pengikutnya buat pengetahuan netizen yang lain.
Menurut Abil selepas ini dia akan cuba mengamalkan makan buah zaitun, fig dan kurma serta segelas air zam-zam setiap kali selepas bangun tidur.
“Maka saya pun dah muktamad pilih apa yang terbaik untuk diri saya dan anda boleh cuba juga kalau ada masalah yang sama,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wakil Malaysia di pertandingan Miss Charm 2024, Rashmita Rasindran, berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Kemenangannya bagai sudah boleh dijangka sejak awal pertandingan lagi.Menampilkan prestasi...