Walaupun jodohnya tidak panjang dengan bekas suami namun penyanyi Ziana Zain tidak pernah melarang keempat-empat anaknya untuk meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka, Armin Zaharin.
Menurut penyanyi Madah Berhelah itu, dia mahukan anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak derhaka terhadap kedua ibu bapa.
“Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa mereka. Saya cakap dengan anak-anak, saya nak hidup mereka ada keberkatan daripada ayah dan juga ibu.
“Saya tak nak anak-anak derhaka kepada ayah mereka dan juga saya,” kata Ziana dipetik menerusi program bual bicara Next To Neelofa musim kedua yang bersiaran di Astro Ria pada malam Sabtu.
@seorangnur Bagusnya Kak Ziana didik anak-anak dia walau dalam apa jua situasi keluarga dorang ❤️ #neelofa #zianazain #nexttoneelofa #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Kaulah Ibuku – Muhajir Lamkaruna
Dalam program itu juga, Ziana atau nama sebenar, Siti Roziana Zain, 54, dia tidak akan menghalang anak-anak untuk menunaikan tanggungjawab menjaga bapa mereka apabila sudah tua kelak.
“Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah (Armin) apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah.
“Saya tidak akan marah, itu tugas mereka,” katanya lagi.
Untuk rekod, bekas suami Ziana didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada Mei 2018 atas tuduhan mencederakan anak lelakinya.
Ziana dan Armin yang juga merupakan bekas ketua pramugara MAS disahkan bercerai pada 12 Julai 2018 selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 22, Muhammad Amar, 18, serta pasangan kembar, Muhammad Airil dan Siti Nurqaseh, 12 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI