“Tak Mahu Ingat Sebab Perit Untuk Saya Telan,”- Mia Ahmad & Suami Perbaiki Hubungan, Jawab Hal Konflik Rumah Tangga

Share

Pelakon Mia Ahmad sebelum ini pernah terpalit dengan isu mengenai pergolakan rumah tangga dengan suami, Mohd Izham Tarmizi. 

Bagaimanapun, Mia ketika ditemui di sidang media drama Nur 2 berkata dia kini sedang dalam proses membaik pulih dengan Izham yang juga penjaga gol pasukan JDT.

“Alhamdulillah. Semakin baik dgn suami okay je. Kami lalui fasa genting dulu tapi sekarang fasa untuk kenal dan sedang memperbaiki diri masing-masing,” kata Mia kepada MH. 

Mia, 31, turut menambah mahu melupakan perkara ‘hitam’ dalam dirinya apabila difahamkan Izham berlaku curang ketika dirinya sedang berpantang anak sulung Oktober lalu.

“Saya kalau boleh tak mahu ingat sebab perit sangat untuk saya telan,” kata Mia ringkas.

Bagaimanapun, keluarga merupakan penguat semangat baginya dalam meneruskan kehidupn seperti biasa.

“Saya perlukan sokongan keluarga. Carilah keluarga. Tapi kalau boleh tak nak terlalu bebankan mereka memandangkan mereka pun sudah tua..

“Tp saya sendiri pun tak sanggup menanggung seorang diri. Mungkin tanpa mereka saya akan bertindak lebih teruk,” jelas Mia ketika ditemui media di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, pada Selasa. 

Mia dan Izham telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Sayf Issa.

Published by
Amynur Akmal