Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan mengakui dirinya mahu buat kelainan untuk melancarkan album terbarunya yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Kongsi penyanyi yang popular dengan lagu Harus Terpisah ini, dia mengambil keputusan untuk tidak menyanyikan lagu-lagu ‘patah hati’ seperti barisan lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini.
“Jika album pertama saya ada banyak lagu-lagu yang berunsur patah hati, tetapi kali ini untuk album baru semuanya berunsur lagu-lagu positif dan kebahagiaan.
“Saya sudah tidak mahu lagi mengeluarkan lagi lagu berunsur patah hati.
“Jika kita sentiasa rasa bahagia dan gembira pastinya ia juga akan mempengaruhi minda kita. Itu antara mesej yang saya mahu ketengahkan dalam lagu baru akan datang ini,” katanya kepada MH.
Ads
Cakra, 27, ketika ditemui di sidang media Big Stage 2019 di Damasara Utama pada Selasa berkata, dia akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pasaran menerusi aplikasi digital.
“Album ini akan berada di pasaran selewat-lewatnya pada hujung tahun ini. Kalau diikutkan situasi pasaran muzik sekarang, memang saya akan lebih beri perhatian kepada jualan lagu menerusi aplikasi digital kerana jualan album fizikal kurang mendapat sambutan,” jelas Cakra atau nama penuhnya Cakra Konta Paryaman.
Dalam perkembangan lain, Cakra turut menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap program realiti, Big Stage 2019 bagi mencungkil bakat-bakat ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ (BBNU).
Big Stage 2019 akan bersiaran mulai 18 Ogos ini di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Ads
Seramai 12 peserta akan bersaing dalam program realiti tersebut iaitu Santesh, Adzrin, Irfan Harris, Kucaimars, Neeta, Syada Amzah, Fieya Julia, Sheryl Shazwanie.
Sementara empat peserta luar negara yang turut bersaing ialah Aziz Harun (Brunei), Jang Han-Byul (Korea Selatan), Chaleeda Gilbert (Thailand) dan Dinda Permata (Indonesia).
Foto : Instagram Cakra Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Istimewa penghias muka depan MH bersempena dengan bulan Syawal yang bakal menjelang, kami tampilkan seorangmanis berwajah bujur sirih, Fatin Afeefa.
Tidak dinafikan selain penampilannya yang menarik seiring bakat lakonan, setiap gerak-geri sosok kecil molek ini sering mendapat perhatian peminat yang sekali gus ‘memancing’ mata ramai.
Lantas, tak hairanlah seandainya apa sahaja yang dilakukan ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata menjadi buah mulut.
Perkahwinan yang dibina pada 21 Disember 2013 bersama pelakon, Adam Shaaz gagal apabila mereka disahkan berpisah pada 30 Mei 2017 lalu.
Bagaimanapun, pasangan selebriti itu dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia, 4.
Terdahulu, Fatin turut mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian yang kini berusia 7 tahun.
Bagaimanapun, Fatin selesa dengan status sedemikian dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya dan anak-anaknya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal pengganti.
Selesa Status Ibu Tunggal, Mahu Fokus Pada Anak-Anak
“Sebenarnya status ibu tunggal bukan senang untuk dibawa. Sebab orang akan sentiasa anggap golongan ini seperti ‘desperate’ untuk dapat suami dan saya bukanlah jenis macam itu.
“Dengar sahaja status janda, mesti orang dah set kan pada minda, kami ni jenis nak suami oranglah atau benda-benda lain yang negatif.
“Senang cerita, apa yang kita buat, semua akan jadi salah disebabkan status kita yang sebegitu,” jelas Fatin.
Lalu, Fatin lebih senang untuk ‘butakan mata’ dan ‘pekakkan telinga’ sahaja apabila dicemuh persepsi sedemikian.
“Mereka tak akan nampak benda baik yang kita buat. Sebaliknya, apa yang mereka tahu ialah golongan ini mahu ambil suami orang, walau hanya segelintir yang berpendapat begitu.
“Saya jenis yang tak kisah mereka nak cakap apa pun. Sekarang ini, saya fokus untuk mencari duit untuk anak-anak dan selagi saya tak kacau siapa-siapa, insyaAllah rasa saya buat yang terbaik,” katanya jujur.
Terima Banyak Komen ‘Nakal’ Dari Lelaki!
Ditanya mengenai media sosialnya pula, bintang ini memberitahu dia banyak mendapat pesanan daripada netizen khususnya kaum Adam.
“Saya akui saya banyak terima DM (Direct Message) dari peminat terutama kaum lelaki.
“Ada juga yang komen merepek, komen lucah dan saya rasa baik saya abaikan dan tekan button decline. Bila saya refresh, pasti akan masuk DM baru balik.
“Kadang-kadang mereka ini saja nak main-main. Malah, ada juga yang hantar DM. Katanya, mereka sedia jadi papa kepada anak-anak”, jelas Fatin lucu.
“Apapun, saya ada minta pembantu untuk tapis semua DM dan serahkan padanya untuk kawal apa yang patut.
“Hanya perkara melibatkan kerja sahaja, saya akan bagi respon,” kongsi Fatin.
Suka Lelaki Tinggi
Ditanya apakah ciri-ciri lelaki idamannya pula, ini jawapan jujur Fatin.
“Buat masa ni saya tak terfikir lagi nak kahwin dan tak ada perasaan pun nak kahwin lagi.
“Cuma kalau ditanya pada saya perihal ciri-ciri lelaki idaman, rasanya saya suka lelaki tinggi.
“Jadi kalau saya rendah, bakal suami saya pun rendah, anak-anak pun terikut sama.
“Sekurang-kurangnya biarlah anak ikut ciri-ciri ‘ayah baru’ mereka untuk jadi tinggi.
“Selain itu, saya pun boleh melekap kat bahu kalau tengah bersedih atau penat balik kerja,” katanya berseloroh jika ditakdirkan dengan suami berfizikal tinggi untuk perkahwinan kedua kelak.
Tak Tentukan Hari & Masa Untuk Bekas Suami Jumpa Anak-Anak
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Hari Raya Aidilfitri akan tiba. Fatin juga turut berkongsi soal persiapan rayanya sekeluarga tahun ini.
“Tahun ini saya beraya di Kuala Lumpur sebab keluarga semua ada sini dan giliran saya dengan Ivy, sebab tahun lepas dia dengan papa dia,” kata Fatin bersyukur.
Tambah Fatin, dia dan bekas suaminya tidak mempunyai masalah dalam hak penjagaan anak-anak kerana masing-masing saling berkomunikasi dan bersikap matang.
“Dia akan ambil apabila ada masa. Sebab selalunya anak-anak akan ada sentiasa dengan saya.
“Kami masing-masing ada persetujuan untuk menjaga anak-anak. Kalau dia free atau tamat waktu bekerja, dia boleh ambil anak.
“Saya tak ada nak tentukan hari dan masa untuk dia jumpa dengan anak-anak sebab kami ada persetujuan. Bagi saya, hak anak tak perlu gaduh, yang penting harus bersikap profesional dan sentiasa berkomunikasi untuk kebaikan anak-anak,” akur Fatin.
o Penyelaras: Sara Sufia, Nurmalia & Aizam Manaf o Teks: Amynur Akmal o Foto : Yanti Saharuddin o Video: Mazlan o Arahan Seni: Mazlan & Yanti Saharuddin o Solekan & Dandanan: Nadia Nordin o Pakaian Fatin Afeefa: Jovian Mandagie & Petra o Pakaian Adam Aisy Arrian: Jovian Mandagie & Pokoks o Pakaian Ivy Herra Sophia: Pokoks
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Scha Elinnea ada menjawab beberapa soalan yang diajukan peminatnya di Instagram menerusi aplikasi Ask Me Question pada Khamis.
Menerusi beberapa persoalan, bintang drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini ada memberikan reaksi selepas ditanya sama ada dia mahu cuba mengenakan tudung.
Katanya, impian untuk berhijab itu selalu ada, cuma dia tidak mahu untuk berubah penampilan demi memuaskan hati orang lain semata-mata.
“Saya selalu tanam impian untuk mengenakan hijab. Saya seorang Muslim dan ia menjadi tanggungjawab saya untuk menutup aurat dengan sebaik-baiknya.
“Insya-Allah saya kini sedang cuba untuk menjadi Muslim yang baik.
“I juga tidak mahu untuk berubah demi memuaskan hati orang lain, tetapi biarlah ia secara ikhlas dari hati,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.
Scha juga turut mengucapkan terima kasih atas peringatan yang baik itu.
Dalam perkembangan lain, Scha yang pernah meraih perhatian peminat kerana berpenampilan dari di media sosial kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Hatimu Sedingin Salju.