Pelakon Ruhainies berharap agar wataknya sebagai Ellani menerusi drama rantaian, Cukup Derita Itu (CDI) mampu meninggalkan impak baik terhadap kerjaya lakonannya selepas ini.
Menerima reaksi positif penonton menerusi drama yang kini bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3 itu, Ruhaninies, 29, sebolehnya tidak mahu dilabel sebagai pelakon yang kerap menerima watak hampir sama semata-mata.
“Alhamdulillah, banyak yang berikan reaksi yang baik-baik. Harap penampilan saya dalam drama CDI mampu tonjolkan skil lakonan saya sebaiknya.
“Sebab sebelum ini, mungkin ada yang kerap tonton saya pegang watak orang kaya, hidup di kota dan seumpamanya.
Ads
“Jadi kali ini, saya cuba alih pada sisi berbeza, dengan menerima tawaran gadis yang dilayan bak ‘Cinderella’ iaitu Ellani.
“Kalau boleh, saya tak mahu orang hanya fikir saya ni artis ‘stereotype’ atau asyik bawa karektor orang kaya saja. Malah saya juga gelapkan rambut biar sesuai dengan watak yang dibawa,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas juga mahu cabar diri dan berkeyakinan hasil tunjuk ajar semua pihak terlibat.
“Naskhahnya agak berat. Saya pernah bawa watak yang seolah sama sebelum ini, cuma ia bukanlah dalam sebuah drama yang banyak episod.
“Jadi sudah tentu ada ketika ia memenatkan kerana saya perlu bermain dengan emosi di dalam kebanyakan babak.
Ads
“Saya fikir, inilah masanya untuk buktikan sesuatu. Pada masa sama, nak cabar diri. Hampir empat bulan juga kami ‘shooting’ dan ia banyak berikan pengalaman berharga.
“Syukur dan bertuah bila pengarahnya, Along Kamaludin bersama pelakon lain turut sama saling membantu demi menghidupkan watak masing-masing.
“Saya sedia maklum, ramai yang menantikan bagaimanakah hasil CDI bila naskhah novel diadaptasi ke televisyen. Harapnya penonton tak kecewa dan puas hati, insya-Allah,” katanya lagi.
CDI karya Siti Rosmizah yang turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Hisyam Hamid, Jasmin Hamid, Didie Alias dan Chacha Maembong itu ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui kisah rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah yang pernah menjadi perbualan hangat, beberapa bulan lalu.
Meski sudah berpisah, ternyata pasangan ini dikatakan masih berbaik di antara satu sama lain.
Lalu baru-baru ini, seorang individu telah berkongsi satu rakaman video di laman media sosial Twitter, merakamkan dua selebriri itu dipercayai telah melakukan sesi ‘Live’ bersama menerusi Instagram.
Sekaligus, ia meraih perhatian netizen.
“This makes me emotional,” tulis individu tersebut.
Baru-baru ini pelawakTauke telah memuat naik beberapa status mengenai ‘asam garam’ kehidupan rumah tangga.
Lantas, perkara itu telah menimbulkan persoalan ramai pihak kononnya rumah tangga mereka kini mengalami pergolakan.
Bagaimanapun, Tauke telah membuka mulut mengenai isu tersebut pada sekeping foto di Instagrammya.
“Salam toq.. haritu wa ada up story mengenai 7 tanda2 isteri derhaka..kesannya berita tu jd viral.. rata2 sahabat pandang serong kat gua..padahal niat kita baik..atas dasar beri infoyg berguna utk para isteri..begitulah cara kita berfikir.. kalau sesuatu itu pndg positif, maka positif lah jadinya.. kalau negatif, negatif lah pemikiran kita.. gua dh biasa dikeji,dimaki.. tp sentiasa gunakan kekuatan sebenar iaitu kesabaran..semoga tali ikatan setiap rumah tangga kita semua berkelalan.. selamat ulangtahun perkahwinan,” jelasnya.
Selena Gomez akhirnya menoktahkan teka teki ramai tentang hubungan cintanya dengan Benny Blanco apabila memuat naik gambar mesra mereka bersama di akaun Instagramnya.
Selena sebelum ini mencipta fenomena apabila kisah cintanya bersama Justin Bieber kekal disebut sehingga kini biarpun masing-masing sudah mebawa haluan berbeza.
Jadi siapakah gerangan Benny Blanco yang berjaya mencuri hati pelakon dan penyanyi terkenal ini? Jom kita lihat 10 fakta mengenainya:-
Dilahirkan pada 8 March 1988, kini dia berusia 36 tahun.
Berdarah Yahudi, Benny merupakan penduduk asal Nothern Virginia, Amerika Syarikat.
Benny Blanco merupakan seorang penerbit muzik, DJ, penulis lirik dan juga eksekutif rakaman.
Menunjukkan minat terhadap muzik sejak kecil lagi. Benny terpilih sebagai perantis untuk DJ terkenal Disco D ketika zaman remajanya dan dibawa untuk bertemu dengan syarikat rakaman.
Dia pernah memenangi Anugerah Penulis Lagu Terbaik BMI sebanyak lima kali dan memenangi Anugerah Penerbit Terbaik iHeartRadio pada tahun 2017.
Pada tahun 2008, Benny terlibat dalam penghasilan lagu Circus yang dinyanyikan oleh Britney Spears. Mencipta fenomena, lagu tersebut dijual sebanyak 5.4 juta dalam bentuk salinan digital.
Benny pernah bekerja sama dengan bekas kekasih Selena, Justin Bieber bagi menerbitkan lagu Lonely. Lagu tersebut mencapai kedudukan pertama dalam carta muzik Canadian Hot 100.
Sebelum bercinta dengan Selena Gomez pada 2023, mereka adalah rakan sekerja. Dia menyumbang idea pada beberapa lagu hit Selena, seperti Single Soon, Kill ‘Em with Kindness dan Same Old Love.
Menurut the Songwriters Hall of Fame, Benny adalah pensyarah jemputan di Jabatan Muzik Rakaman Clive Davis Universiti New York pada 2012 dan 2013.
Pada 2014, Benny mengasaskan dua label muzik di bawah Interscope, Mad Love Records dan Friends Keep Secrets.
Semoga kasih sayang Benny memberi titik noktah kepada kisah cinta Selena dan berakhir di jenjang pelamin!
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...