Primadona alaf baru, Erra Fazira tidak bersetuju mengenai wujudnya istillah #teamerra yang mulai diguna pakai sesetengah netizen berhubung konflik yang melibatkan dirinya bersama seorang selebriti, minggu lalu.
Katanya, tiada istilah team dalam hal yang berlaku.
Perkata tersebut dinyatakan bintang Persona Non Grata itu apabila ditanya mengenai apakah yang ingin diperkatakan buat peminat yang memberikan sokongan.
“Tak mahu team, tiada istilah team. Terima kasih, benda baik kita ikut benda yang tak baik kita jangan ikut. Itu saja,” katanya ringkas.
Erra terdahulu ditemui media pada sidang media program Mingguan Wanita musim terbaru di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Selain Erra empat muka baru lain yang akan bergandingan mengemuda program yang bakal bersiaran secara langsung sebanyak 155 episod itu ialah Siti Elizad, Sherry Al Hadad, Norman Hakim dan Radin.
Bakal ditayangkan bermula 8 Julai setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.00 pagi, Mingguan Wanita kali ini akan dipancarkan selama satu jam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Terdahulu, spekulasi perang dingin antara dua pelakon senior itu mulai timbul apabila Umie Aida memuat naik luahan hati, mendakwa dikhianati sahabat sendiri di laman Instagram, minggu lalu.
Umie bagaimanapun sudah memadam status berkenaan dan meski tidak menyebut gerangan individu dimaksudkan, pelbagai pihak membuat tanggapan ia ditujukan kepada Erra, apabila masing-masing lagi saling mengikut di lnstagram.
Susulan itu, Erra tampil memohon maaf secara terbuka menerusi platfirm sama, dan mengharapkan isu berkenaan tidak dipanjangkan lagi, lebih-lebih lagi apabila keduanya bersemuka bagi menjernihkan keadaan.
Foto: Instagram Erra Fazira/Blackpepperproduction
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI