Pelakon, Zul Ariffin mengakui selesa bekerja bersama pengarah, Michael Ang lebih-lebih lagi menerusi drama terbaru berjudul Love, Elsa.
Jelas Zul, Michael merupakan seorang yang sangat berdedikasi dan dia juga menghormati setiap permintaan para pelakonnya.
“Michael Ang seorang pengarah yang bagus. Tak boleh disangkal lagi. Ramai yang tak tahu, dia seorang yang sangat menghormati polisi setiap pelakon dia, seperti apa yang mereka selesa dan apa yang tidak.
“Dia sangat memahami dan memberi ruang kepada para pelakon. Dia akan mengambil kira mengenai apa sahaja berdasarkan situasi.
“Apa yang saya paling suka mengenainya, dia selalu memudahkan setiap perkara di set pengambaran meskipun kita berdepan dengan pelbagai masalah,” katanya kepada MH.
Tambah Zul, sepanjang berlakon di bawah arahan Michael, dia tidak berasa terlalu tertekan kerana segala urusan mereka akan dipermudahkan.
Ads
“Sebagai pelakon saya rasa seperti tiada tekanan dan lebih relak. Saya dah berkerja dengan Michael ni lama. Dia akan bagi segalanya.
“Saya percaya sesiapa sahaja pelakon yang bekerja dengan dia, pasti mereka ingin kembali berkerja bersamanya satu hari nanti,” jelasnya lagi.
Pelakon berusia 34 tahun itu berkata sedemikian ketika majlis sidang media drama, berjudul Love, Elsa secara virtual pada Rabu.
Ads
Terdahulu, Zul dan Michael pernah berkerjasama menerusi drama Ti Amor Sweetheart 100 Hari di samping Neelofa.
Bagaimanapun, Zul berpendapat, setiap pengarah memiliki cara kerja berbeza dan kerana itu dia sebolehnya tidak mahu terbawa-bawa dengan keselesaan yang telah diberikan oleh Michael.
“Kadang kala saya perasaan, bila kita selalu berkerja di bawah arahan Michael, nanti kita akan terbawa-bawa kerana dia akan beri banyak keselesaan. Jadi bagi saya, kita kena rasa pengalaman berkerja dengan orang lain juga.
Ads
“Bila Michael selalu memudahkan segalanya, nanti kita akan fikir produksi lain juga begitu, namun setiap set berbeza. Sebagai pelakon, kita juga kena merasai cara kerja, kreativiti dan vibes orang lain,” ujarnya lagi.
Selain Zul, drama ini dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Uyaina Arsyad, Ramona Zam Zam, Riz Amin dan ramai lagi.
Love, Elsa bakal bakal bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria dan serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand.
Sumber Foto: Curi Curi Klik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah bebas, Ebit Lew ada mengingatkan pelawak dan penyampai radio, Shuib bahawa Allah SWT sentiasa menyayangi hambaNya.
Perkata tersebut dikongsikan Ebit menerusi salah satu status di ruangan Insta Stories akaun Instagram pendakwah berkenaan.
Terdahulu, Ebit sebelum ini turut aktif dalam menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan termasuk ketika negara berdepan pandemik Cocid-19.
Pada masa sama, Ebit turut merakamkan ucapan terima kasih buat suami kepada penyanyi, Sarah Raissuddin itu yang memuat naik posting berkenaan kerja amal Ebit di laman Instagram milik pelawak dan penyampai radio itu sebelum ini.
“Terima kasih Shuib. Allah sayang Shuib dan keluarga. Allah tambah rezeki dan kebaikan mencurah-curah.
“Terima kasih atas sumbangan,” tulisnya dalam paparan berkenaan.
Ucapan Ebit itu difahamkan merujuk kepada sumbangan dan sokongan yang ditunjukkan Shuib yang mengajak orang ramai menyokong usaha Ebit yang terus menyalurkan sumbang kepada yang memerlukan pada saat sukar.
Malah, Shuib turut menyerta nama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi Ebit bagi tujuan amal itu dalam muat naiknya.
Katanya, kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun CIMB 8603546376.
Tidak dinafikan, bakat semata-mata tidak boleh boleh menjadi populariti seseorang artis. Ini kerana, semua sisi perlu diambil kira termasuklah penampilan fizikal.
Senang kata, jika bertubuh besar sekalipun, mereka perlu tampak cantik dan berketrampilan.
Apatah lagi, bagi selebriti wanita yang mempunyai tubuh sedia seksi, ada di antara mereka perlu menjaga dan mengekalkan bentuk tubuh misalnya dengan melakukan rutin wajib di gim selain menjaga pemakanan.
Lalu, ada di antara mereka yang sinonim dengan gelaran artis seksi dan menjadi idola kerana dianggap sebagai ‘body goals’ kebanyakan wanita.
Jadi jom, ketahui 10 barisan figura popular ini yang mempunyai tubuh langsing, pinggang bak kerengga atau biola!