“Okaylah tu. Saya anggap ia satu doa dan perkara yang baik bagi mereka yang sudah berkahwin.”
Demikian kata pelakon, Puteri Sarah Liyana ketika diusik netizen seolah-olah sedang hamil susulan muat naik sekeping foto yang memperlihatkan bentuk perut seperti ‘baby bump’ di Instagram, baru-baru ini.
Sudah pun menjawab dakwaan berkenaan sebelum ini, Puteri Sarah bagaimanapun tetap mendoakan yang terbaik dalam kehidupannya kini.
“Untuk saya sendiri, kalau boleh tak mahulah ada dua anak sahaja. Kalau diizinkan saya mahu ramai,” katanya kepada MH.
Puteri Sarah ditemui pada majlis anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu, yang turut menyaksikan dia dilantik sebagai wajah wakilan produk berkenaan.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga menyambut komen berkenaan sebagai satu doa.
“Cuma saya tak nampak itu satu penghinaan (bila ada yang usik nampak macam hamil). Sebaliknya ia adalah satu doa.
“Mana tahu insyaAllah, kan (hamil lagi). Anak pun satu rezeki. Saya okay sahaja,” katanya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerusi media menjelaskan dia tidak hamil seperti diperkatakan.
Sebaliknya mengalami pertambahan berat badan.
“Saya tak hamil, tapi sekarang memang agak berisi sebab saya sedang bahagia. Doakan semoga Syaikul dan Sumayyah mendapat adik lagi.
“Sebenarnya, sejak kebelakangan ini mereka selalu cakap nak adik lagi. Jadi, doakan saja yang baik-baik,” katanya.
Untuk rekod, bintang berusia 37 tahun itu berkahwin dengan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.