Zizi Kirana ada berkongsi satu pandangannya mengenai kriteria dan sikap individu yang matang.
Penyanyi lagu EH ini menyenaraikan lapan sikap yang menunjukkan seseorang itu matang dalam kehidupan sehariannya.
“Berfikiran jauh.”
“Tidak ‘stalk’ akaun orang lain semata nak mencari kesalahan,” itu antara lapan perkara yang dibariskan Zizi.
Pada masa sama, Zizi turut bertanya sama ada, kita sendiri sudah pun matang atau sebaliknya.
Foto: Instagram Zizi Kirana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walaupun Jodoh Tak Panjang, Ewal Tak Kekok Bekerja Dengan Adik-Beradik Bekas Tunang
Bekerja secara profesional, vokalis Kristal, Ewal Ismail berkata hubungannya dengan adik-beradik bekas tunang iaitu Rody dan Acap tidak pernah tergugat.
Menurut Ewal atau nama sebenar Ikhwan Hafiz Ismail, 31, dia tidak berasa kekok untuk bekerja dengan abang dan adik bekas tunangnya iaitu Adda yang merupakan ahli kumpulan Butterfly.
“Saya tak rasa kekok bersatu dalam sebuah band dengan abang dan adik kepada bekas tunang saya kerana kami profesional.
“Lagipun kami sudah berkawan lama sejak awal belasan tahun jadi apabila tiada jodoh saya dengan Adda, itu bukan satu isu yang boleh pecah belahkan Kristal.
“Sebenarnya Rody dengan Acap terkejut masa kami kata nak bertunang, berbanding ketika pertunangan itu berakhir.
“Kalau tiada jodoh kita pun tak boleh buat apa-apa. Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.. Adda pun dah jadi isteri orang,” katanya.
Pertunangan Ewal dengan Adda atau Nur Syuhada Baharuddin, 33, pada September 2021 hanya mampu bertahan sebulan lebih, bagaimanapun mereka tidak menguar-uarkan bila ikatan itu berakhir.
Dalam perkembangan terbaharu, Ewal yang merupakaan anak kepada vokalis Wings, Mel itu akan beraksi minggu ini di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang sempena Fiesto Fest @Penang 2.0.
Antara penyanyi-penyanyi yang turut menghiburkan pengunjung ialah Azlan Typewriter, Ronnie Hussein, Baby Shima, Asheed Def Gab C, Klangit, D_va dan Akar Band.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doktor Pun Kata Semangat Dia Kuat,” – Oja ‘Update’ Perkembangan Terkini Haeriyanto Hassan, Bukan Strok Tapi…
Penyanyi, Oja memaklumkan perkembangan terkini pelakon senior yang juga abang iparnya, Haeranyo Hassan yang kini sedang menerima rawatan di hospital selepas dipercayai diserang angin ahmar.
Menerusi temubual bersama Melodi, Oja memberitahu, keadaan Haeriyanto kini menunjukkan perkembangan positif.
Katanya lagi, pihak doktor juga turut telah mengesahkan, Haeriyanto sebenarnya bukanlah diserang strok tetapi hanya keadaan sarafnya sahaja yang lemah.
“Bila kita lihat, keadaannya memang seperti angin ahmar atau strok. Bagaimanapun, mengikut info terkini daripada pihak kakak saya, keadaannya kini semakin baik. Alhamdulillah.
“Doktor pun dah sahkan, bahagian kiri yang dikatakan tak boleh bergerak itu sebenarnya bukanlah strok. Sebaliknya, hanya lemah sahaja. Dia masih lagi dapat merasai sarafnya daripada kepala hingga ke kaki.
“Itu berita baik yang baru kami terima. Kalau tengok keadaan semasa memang seperti perlu dibedah serta merta tapi mereka tahan dahulu sebab tekanan darahnya terlalu tinggi. Sebentar tadi parasnya dah menurun,” katanya seperti yang dipetik.
Penyanyi lagu Dasira itu turut menambah, dia kini mengambil tanggungjawab untuk menjaga anak-anak kepada Haeriyanto buat sementara waktu.
“Abang Haeriyanto sangat kuat. Dia masih lagi boleh berkomunikasi. Saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak-anaknya. Mereka ada di rumah saya. Saya galas tanggungjawab itu walaupun saya ada kerja saya sendiri.
“Saya pun terpaksa batalkan untuk bantu kakak saya. Kakak saya sangat tak kuat. Dia minta maaf kepada rakan media sebab dia tak kuat untuk bercakap,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud turut memaklumkan, abang iparnya itu juga perlu menjalani waktu rehat yang mencukupi sebelum memulakan semula rutinya di set pengambaran.
“Kita harapkan supaya dia tak perlu dibedah sebab peluang untuk kembali pulih selepas pembedahan itu sangat lama.
“Buat masa sekarang, dia sedang menjalani pengambaran untuk tiga buah telefilem. Saya harap agar dia dapat kembali sihat seperti sedia kala. Saya juga memohon agar pihak produksi dapat bersabar dan memahami keadaan abang ipar saya.
“Doktor pun kata semangatnya kuat. Bagaimanapun, kalau dia dah kembali sihat nanti, dia tetap kena berehat dulu. Sampai dia betul-betul pulih. Saya mohon doa anda semua supaya Allah dapat tarik semula sakit Haeriyanto dan kembali sihat seperti biasa,” akhirinya.
Sekadar informasi, Haeriyanto telah dikejarkan ke hospital pada pagi Sabtu selepas mengadu sakit kepala yang agak kuat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: YouTube Melodi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kes Positif Covid-19 Naik, Mila Jirin Rasa Bimbang – “Ada Yang Degil, Kami Rakyat Semua Risau,”
Peningkatan semasa pandemik Covid-19 di negara ini menimbulkan kebimbangan ramai orang apabila kes positif jangkitan itu kembali meningkat kepada 150 kes pada Ahad.
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin misalnya ada meluahkan rasa bimbang jika kes positif wabak terus meningkat.
Lalu, penyanyi lagu Persis Mutiara ini turut memberi nasihat agar individu yang diwajibkan menjalani tempoh kuarantin untuk mematuhi arahan pihak kerajaan.
“Minta semuanya dikuarantin di pusat kuarantin baru benarkan pulang ke rumah. Risau ada yang DEGIL dan TIDAK IKUT ARAHAN,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyarankan pihak kerajaan agar melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di seluruh negara.
“Jika pihak kerajaan dapat arahkan PKPD sementara, Itu antara yang terbaik….kami rakyat sangat RISAU…..@mkn_rasmi @kkakmm_gov,” jelasnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan bintang berusia 32 tahun itu.
Foto: Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI