“Tak Make Up Pun Lawa,” – Foto Tanpa Secalit Mekap, Wajah Natural Sheila Rusly & Ozylnn Dipuji

Share

Baru-baru ini, pengacara Sheila Rusly ada berkongsi sekeping gambar yang dirakam bersama pelakon Ozylnn di akaun Instagram miliknya.

Apa yang menarik, masing-masing kelihatan cantik dan polos tanpa solekan.

“Ori No Makeup No Beauty Plus No Beauty Camera No Filter @my__clinic #bareface #myclinic #sentiasabersyukur #alhamdulillah@jozlynnhanania,” tulisnya.

Lantas, perkongsian hos Ketuk-Ketuk Ramadan itu menjadi perhatian peminat.

Malah, rata-ratanya memuji wajah dua bintang ini yang kelihatan sangat segar dan natural walaupun tidak bersolek.

Bukan mudah untuk mengekalkan kecantikan wajah dan memerlukan semangat kecekalan yang tinggi. Betul tak?

Foto: Instagram Sheila Rusly

Published by
Nazar Rafiqhi