Pelakon, Saharul Ridzwan mendedahkan dirinya ada menerima mesej daripada seorang individu yang bertindak memperlekeh usahanya menjual pisang berangan baru-baru ini.

Jelas Saharul, meski pun kita sudah memasuki tahun 2021, namun masih ada segelintir daripada kita yang berfikiran kolot.

Bagaimanapun pelakon drama, Cinta Sekali Lagi ini menjelaskan dia tidak sedikit pun berasa kecil hati dengan komen tersebut malah turut berharap agar rezekinya akan lebih luas satu hari nanti.

 “Lagi berapa jam je nak masuk 2021. Apa masih ada ke pemikiran macam ni? Tak apalah. Asal barang jadi rezeki, rezeki yang halal. Kita usaha ke arah tu,” tulisnya.

Ads

Kisah tersebut dikongsikan oleh Saharul menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Saharul turut mendedahkan dia tidak kisah untuk menjalankan apa sahaja bisnes asalkan ianya halal.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan individu tersebut selain turut menitipkan doa semoga Saharul sentiasa dimurahkan rezeki.

Ads

“Tak Malu Ke Jual Dekat Gerai Macam Tu,” – Didakwa Tiada Job Sampai Kena Jual Pisang, Ini Reaksi Balas Saharul Ridzwan “Tak Malu Ke Jual Dekat Gerai Macam Tu,” – Didakwa Tiada Job Sampai Kena Jual Pisang, Ini Reaksi Balas Saharul Ridzwan “Tak Malu Ke Jual Dekat Gerai Macam Tu,” – Didakwa Tiada Job Sampai Kena Jual Pisang, Ini Reaksi Balas Saharul Ridzwan

Sebelum ini, Saharul telah mengadakan promosi jualan pisang berangan secara besar-besaran yang berlansung di sebuah kedai buah yang terletak di Sungai Buloh.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI