Hiburan

“Tak Malu Ke Makan Daging Bangsa Sendiri,” – Noh Salleh Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Share

Penyanyi Noh Salleh, berang dengan tindakan peniaga tidak bertanggungjawab yang menjual barangan tiruan termasuk jenama keluarannya sendiri.

Menurut Noh, dia menyifatkan tindakan tersebut seperti ingin membunuh semangat usahawan lokal yang selama ini berjuang untuk menaikkan jenama mereka sendiri.

“Salam kawan-kawan just nak inform ni adalah platform pirate lanun yang jual barangan tiruan termasuklah brand-brand lokal macam Hikari Riders and The Cap City.

“Kami nak tegur elok-elok tapi semua account kami dah kena block. So incase kenal, tolong tanya tak malu ke makan daging bangsa sendiri,” tulisnya.

Rasa kecewa itu dikongsikan sendiri oleh vokalis band Hujan itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Katanya lagi, dia terkilan kerana barangan yang diciplak itu merupakan produk edisi terbaharu yang baru sahaja dilancarkan, baru-baru ini.

Lantaran, Noh memaklumkan dirinya bakal mengambil tindakan undang-undang bagi mengelakkan gejala seperti ini terus berlaku.

“Ke memang bangsa kita suka barang tiruan sampai orang Kota Bharu ni lincah beroperasi? Sebab apa?

“Sebab topi Cap City X Hikari tu baru release diorang dah tapau kaw-kaw buat kerja.

“Penyeleasaian dia kita akan buat. Maybe anta surat lawyer dulu kot. Tak nak la gaduh-gaduh,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan tersebut selain turut berharap agar Noh untuk meneruskan tindakan undang-undang.

“Tengok pun fake. Macam manalah produk lokal nak maju.

“Tak malunya jual barang fake. Jenama lokal pula tu.

“Meriah dia promosi dekat Instagram barang-barang copy macam tu. Di belum kenal KPDNKK kot. Kalau nak seru, kejap je ni. Bersih kedai dia.

“Saman je jangan kasi muka,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, account Instagram milik peniaga berkenaan dikatakan telah pun menyekat akaun Noh dan menyukarkan proses untuk berbincang.

Malah, peniaga tersebut dikatakan secara terbuka mempromosikan topi tiruan tersebut di platform media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Noh Salleh

Published by
Aizam Manaf