Pasangan selebriti popular Indonesia, Ashanty dan suaminya, penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah menerima kritikan netizen gara-gara terlalu terbuka berkongsikan rutin kekerapan melakukan hubungan seks kepada umum.
Pendedahan itu dibuat Ashanty menerusi sebuah video yang dikongsikan di saluran YouTube milik keluarga ini, The Hermansyah A6 baru-baru ini apabila pasangan itu ditanya peminat mengenai hal kelamin mereka.
“Mahu tanya lebih intim ya bun (Ashanty) seminggu berapa kali pipi (Anang) minta gituan (seks),” tanya seorang peminat mereka.
Ashanty atau nama sebenarnya, Ashanty Siddik Hasnoputro, 39, sambil tertawa menjawab, “Setiap hari.”
Malah, penyanyi itu turut memberikan jawapan yang lebih jelas di mana paling minimum mereka akan mengadakan hubungan seks sebanyak tiga kali dalam seminggu.
Walaupun merupakan pasangan suami isteri yang sah, namun rata-rata netizen di negara itu tidak bersetuju dengan keterbukaan mereka mengenai perihal seks.
“Tak malu ke urusan ranjang sebegini dibahas?
“Saya dan suami malu untuk membahaskan mengenai hubungan intim kami, apa lagi berkongsi dengan orang luar,” komen sebahagian netizen.
Namun begitu, ada juga netizen yang mempertahankan pasangan ini yang menyifatkan hubungan romantis mereka boleh dijadikan contoh buat pasangan lain di luar sana.
“Edisi YouTube terbaik menurut saya, penuh inspirasi.
“Semoga tetap bahagia sampai maut memisahkan kalian.
“Keluarga yang patut dicontoh, semoga sihat terus Anang dan Ashanty,” tulis netizen.
Ashanty dan Anang, 53, yang merupakan bekas suami kepada Kris Dayanti mendirikan rumah tangga pada 2012.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Arsy dan Arsya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ashanty