Pelakon senior Liza Abdullah akhirnya mengakui dia sebenarnya sehingga kini masih belum kembali mendirikan rumah tangga, sekaligus menepis khabar angin yang kononnya dia sudah pun berkahwin dalam diam.

Memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai hal berkaitan peribadi, Liza yang sinonim dengan panggilan Mak Leha menjelaskan dia ada alasan tersendiri untuk tidak terlalu bercerita tentang hal berkenaan.

“Sebenarnya saya rasa serba salah untuk berkongsi mengenai perkara ini sebab ia sensitif. Dalam usia saya yang bakal mencecah usia 60 tahun Jun depan, kita tak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang.

“Sama ada kita akan hidup sendiri sampai bila-bila atau pun berjodoh dengan seseorang hingga ke akhir hayat. Jadi untuk umur saya ni, adakah lelaki bujang yang nak?

“Jadi sekarang ini…kalau kata contohnya kita jadi isteri kedua, nampak macam jahat sangat. Untuk mengelak daripada situasi itu saya akan cakap, ya sudah kahwin supaya ada wanita yang tak perlu rasa risau.

“Saya diuji dengan hal yang seperti itu sebelum ini yang saya tidak boleh kongsikan kepada semua. Tambahan lagi saya pun ada anak-anak,jadi  hati mereka pun saya perlu jaga.

Ads

“Untuk diri saya, nak tangani persoalan sudah kahwin ke belum itu bukan satu hal yang mudah. Jadi bila ada yang bertanya, saya akan mengiyakan sahaja.

“Apa pun syukur kalau ada yang mendoakan jodoh saya, tapi buat masa sekarang saya tak malu nak cakap sebenarnya saya belum pun berkahwin,” katanya kepada MH.

“Tak Malu Nak Cakap Sebenarnya Saya Belum Pun Berkahwin Lain,” – Liza Abdullah “Tak Malu Nak Cakap Sebenarnya Saya Belum Pun Berkahwin Lain,” – Liza Abdullah “Tak Malu Nak Cakap Sebenarnya Saya Belum Pun Berkahwin Lain,” – Liza Abdullah

Ads

Bagaimanapun, ibu kepada empat cahaya mata itu tidak menutup pintu hati jika bertemu insan yang boleh membimbing ke jalan kebaikan selepas ini.

“Sebab itulah bila kita sudah berusia, ujian yang datang juga sudah berbeza dan saya reda bila bercakap soal teman hidup. Siapa yang tak mahu berkahwin tetapi saya cuba lebih berhati-hati.

“Macam contoh lelaki yang mahukan kita itu ialah orang bujang, kita mesti akan tertanya-tanya mengapa dia mahukan kita? Atau sudikah dia menerima kita yang masih aktif berlakon ni?

Ads

“Saya juga tidak mahu meletakkan syarat lelaki bagaimana yang boleh dijadikan teman hidup. Saya hanya berserah kepada Allah SWT.

“Kalau dia boleh membahagiakan kita, pimpin kita ke jalan baik, saya terima. Anak-anak pun kenal ibunya bagaimana,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI