Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal menzahirkan rasa syukur selepas selesai menunaikan ibadah umrah di tanah suci, Mekah pada Sabtu bersama keluarga dan para pekerja syarikatnya.
Bagaimanapun, Wawa memaklum dia telah diserang demam panas pada sebelah pagi sehingga menyebabkan dirinya sukar untuk bangun dan mengalami muntah darah.
“Alhamdulillah selesai menunaikan umrah semalam. Pagi tu saya sakit sangat memang tak mampu nak bangun sampai muntah darah.
“Mungkin sebab panas dalam. Minta doa banyak-banyak supaya sembuh supaya boleh umrah bersama team. Alhamdulillah dipermudahkan,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories.
Jelas isteri kepada pelakon, Aeril Zafril itu lagi, pada awalnya dia menjangkakan dirinya diserang virus Covid-19 namun hasil ujian didapat negatif.
Pada masa sama, Wawa akui agak letih disebabkan jadual kerja yang agak padat sebelum berangkat ke Mekah.
“Dua kali periksa (Covid-19) sebab sakit sendi dan urat. Tak boleh bawak bincang. Tapi alhamdullilah, mungkin letih sangat kerja tak henti sejak balik daripda program Sabah dengan team.
“Selepas itu, terus ke sini. Badan pulak dah cecah lebih 30 tahun (umur) tapi perasan 20 tahun. Boleh buat semua benda,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Wawa akui lega apabila kesihatannya kembali pulih dan segala urusan menunaikan umrah telah dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI