Jasmin Hamid memohon supaya para ibu bapa agar melindungi anak-anak dari dijangkiti wabak Covid-19.
Bintang senior itu pada masa sama menasihatkan agar anak-anak tidak perlu di bawa bersama anda mahu keluar rumah.
Menerusi hantaran sama di Instagram, Jasmin turut menyatakan bahawa dalam situasi semasa kini, beraya bukanlah satu keperluan.
Sebaliknya, kita boleh meraikan kedatangan Syawal di kediaman masing-masing.
“Para ibubapa sekalian, lindungilah anak-anak kita dari di jangkiti WABAK CORONA ini. Kalau keluar rumah tu, TAK PERLU bawa anak-anak bersama.
“Terutama musim Perayaan ni.. Kita dapat menjalani Ibadah Puasa pun dah cukup BERSYUKUR. TAK MATI kalau tak Raya tapi kita dan keluarga kita terutamanya anak-anak dan warga emas boleh MATI jika di jangkiti hanya sebab nak BERAYA.
“TAK PAYAH KELUAR RUMAH kalau tak perlu. BERAYA bukan keperluan. Kita masih boleh sambut kemenangan Berpuasa di rumah. KITA MASIH BELUM MENANG LAGI,” tulisnya.
Selain itu, Jasmin turut menegaskan kita semua boleh tangani wabak tersebut andai kita tidak berdegil dan tidak mementingkan diri.
“Tapi kita BOLEH MENANG kalau kita TAK DEGIL. Jangan susahkan diri dan keluarga hanya sebab nak penuhi kehendak, bukan keperluan.
“JANGAN SEBAB KEDEGILAN dan SIKAP SELFISH, kita tak dapat sambut Ramadan lagi tahun 2021. Kita jaga kita,” titipnya yang turut disertakan dengan lampiran artikel terkait.
Foto: Instagram Jasmin Hamid