Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata kini, pelakon jelita, Elfira Loy mengakui bahawa perkara yang paling dirinduinya adalah jika dapat menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.
Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi hantaran di laman Instagram miliknya
Menurut Elfira, agak sukar dan amat mencabar bagi dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian sewaktu solat kerana terganggu dengan kerenah dan situasi anak-anak yang pelbagai ragam.
Pelbagai Ragam Anak-Anak, Susah Nak fokus Dan Khusyuk Dalam Solat
View this post on Instagram
“Benda paling saya rindu sekali nak buat semenjak dah bergelar ibu ni sebenarnya adalah solat dengan khusyuk. Meskipun ramai yang kata solat je, biar je anak main sendiri atau menangis.
“Tapi kalau dah rakaat kedua macam ni (rujuk gambar anaknya), takut rakaat keempat sorang dah kat bawah (jatuh katil),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Tambahnya lagi, antara langkah dan usaha yang diambil oleh dia dan suami Faris Khairol Anuar bagi menyelesaikan masalah ini adalah cubaan mengajar anak sulungnya untuk tidur di bilik sendiri namun masih gagal.
Netizen Turut ‘Luah Perasaan’ Kongsi Pengalaman Sama Seperti Elfira
MH sempat meninjau ruangan komen dan mendapati ruangan komen hantaran itu telah dibanjiri dengan pelbagai tip dan perkongsian pengalaman dari para pengikut El yang pernah menghadapi situasi serupa.
“Ya satu kerisauan… Solat jemaah lepastu anak panjat basikal, nak panjat belakang daddy dia… Allah khusyuk tu memang mahal.
“Sama la El, sama macam anak saya abang nya lagi pintar, nak solat yang khusyuk mungkin susah tapi cubalah walaupun susah.
“Try guna slow approach.. Transitional bed dulu.. Meaning si abang ada bed sendiri tapi dalam bilik yang sama dengan ibu bapa.. Bila dia dah biasa tidur sendiri atas katil sendiri, baru pean-pelan ajar tidur bilik sendiri.
Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla yang kini berusia tujuh bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI