Comel sungguh melihat keletah si cilik ini yang asyik bergolek dan merangkak ke sana sini sewaktu sesi ceramah sedang di jalankan di sebuah masjid.

Ainan Tasneem hanya merakam gelagat anak yang sudah jauh terlepas ke tengah masjid dan berharap agar didikan yang dibiasakan daripada kecil ini akan sebati dalam dirinya.

“Tengokla anak solehah ni. Ustaz tengah bagi kuliah kat depan rileks je dia buat macam2 aksi kat situ. Patutnya focus! Amek nota! Haha ? Adoii. Ummi sabar je la tengok dia. Penat tahan gelak kat belakang ni ? Semoga Salsabiela membesar dengan selalu menghabiskan masanya dalam majlis2 ilmu. Aamiin.

“Jom kita semua hadir dalam majlis ilmu sama ada di masjid, surau atau sebagainya kerana orang yang menghadiri majlis ilmu ini akan memperoleh banyak kelebihan yang disediakan oleh Allah.

Antara kelebihan orang yang datang ke majlis ilmu sebagaimana yang termaktub dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin adalah :

Dipermudahkan jalan ke syurga. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menempuhi satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkannya jalan ke syurga.” (HR Muslim)

“Dimuliakan oleh para malaikat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dan sesungguhnya malaikat merendahkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukannya.” (HR Tirmizi)

Ads

“Lebih baik daripada melakukan solat sunat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Demi sesungguhnya, perginya kamu mempelajari satu bab daripada ilmu itu lebih baik daripada kamu sembahyang sunat 100 rakaat.” (HR Ibnu Majah)

“Semua makhluk memohon keampunan baginya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Orang yang mempunyai ilmu itu tiap-tiap sesuatu meminta keampunan untuknya sehingga ikan dalam laut.” (HR Abu Ya’la bersanad sahih).”

“Subhanallah betapa besarnya nikmat kurnian Allah kepada orang yang menghadirkan diri ke majlis ilmu. Hadir saja ke majlis ilmu Allah anugerahkan kepadanya jalan ke syurga. Selain itu, daripada hadis-hadis lain dikatakan para malaikat ini sebenarnya sentiasa memohonkan doa supaya kita yang berada dalam majlis ini diampunkan dosa-dosa kita. Semoga kita semua diberi taufik dan hidayah oleh Allah untuk menjadi hambanya yang sentiasa dahagakan ilmu dan diberi kefahaman dalam Agama. Aamin,” tulisnya panjang lebar di laman Instagram.

Ads

View this post on Instagram

Tengokla anak solehah ni. Ustaz tengah bagi kuliah kat depan rileks je dia buat macam2 aksi kat situ. Patutnya focus! Amek nota! Haha ? Adoii. Ummi sabar je la tengok dia. Penat tahan gelak kat belakang ni ? Semoga Salsabiela membesar dengan selalu menghabiskan masanya dalam majlis2 ilmu. Aamiin. – Jom kita semua hadir dalam majlis ilmu sama ada di masjid, surau atau sebagainya kerana orang yang menghadiri majlis ilmu ini akan memperoleh banyak kelebihan yang disediakan oleh Allah. Antara kelebihan orang yang datang ke majlis ilmu sebagaimana yang termaktub dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin adalah : – Dipermudahkan jalan ke syurga. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menempuhi satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkannya jalan ke syurga.” (HR Muslim) – Dimuliakan oleh para malaikat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dan sesungguhnya malaikat merendahkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukannya.” (HR Tirmizi) – Lebih baik daripada melakukan solat sunat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Demi sesungguhnya, perginya kamu mempelajari satu bab daripada ilmu itu lebih baik daripada kamu sembahyang sunat 100 rakaat.” (HR Ibnu Majah) – Semua makhluk memohon keampunan baginya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Orang yang mempunyai ilmu itu tiap-tiap sesuatu meminta keampunan untuknya sehingga ikan dalam laut.” (HR Abu Ya’la bersanad sahih) – Subhanallah betapa besarnya nikmat kurnian Allah kepada orang yang menghadirkan diri ke majlis ilmu. Hadir saja ke majlis ilmu Allah anugerahkan kepadanya jalan ke syurga. Selain itu, daripada hadis-hadis lain dikatakan para malaikat ini sebenarnya sentiasa memohonkan doa supaya kita yang berada dalam majlis ini diampunkan dosa-dosa kita. Semoga kita semua diberi taufik dan hidayah oleh Allah untuk menjadi hambanya yang sentiasa dahagakan ilmu dan diberi kefahaman dalam Agama. Aamin.

A post shared by A I N A N T A S N E E M (@ainantasneem92) on

Namun, ada pula cakap-cakap yang kurang sedap didengar datang daripada mulut netizen. Ulas mereka, risau jika kelakuan si comel ini mengganggu jemaah yang lain untuk fokus.

“Tak Menganggu Jemaah Lain Untuk Fokus Ke?” – Bawa Anak Kecil Ke Masjid, Netizen Persoal Tindakan Ainan Tasneem, Motif?

Ads

Kurang senang dengan pertanyaan itu, penyanyi 150 juta ini menegaskan bahawa tindakan anaknya tidak menggangu Jemaah lain. Malah, dia dan suami akan solat bergilir-gilir agar masing-masing dapat kusyuk melaksanakan perintah Allah.

“Eh ada jemaah yg akan rasa terganggu ke kalau nampak budak kehulu kehilir camtu? Sebab rasanya dia tak kacau orang. Kalau dia start nangis sampai mganggu org skeliling sy atau suami mmg akan bawak dia keluar n tenangkan dia supaya tk kacau jemaah. Kalau dia dok rileks2 cmtu tak kacau orang rasanya tak jadi masalah kot ? memang ikut nasib sbab anak kecik ni susah nak jaga. Ada wktu dia meragam ada wktu dia okay. Kita sbagai parents ni la kena pantau dorang selalu. Kami pon solat bergilir, supaya dia tak mganggu jemaah lain. InshaaAllah kalau niat kita tu betul, Allah akan permudahkan.”

“Tak Menganggu Jemaah Lain Untuk Fokus Ke?” – Bawa Anak Kecil Ke Masjid, Netizen Persoal Tindakan Ainan Tasneem, Motif?

Netizen rata-rata menyokong dengan tindakan Ainan mendidik anak kecil ke masjid kerana didikan bermula daripada rebungnya.

Foto – Instagram Ainan Tasneem

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI