Penyanyi, Ezlynn mengakui dirinya kini semakin selektif dalam setiap tawaran yang akan diterimanya.
Memetik laporan Kosmo Online, Ezlynn mendedahkan dia tidak berasa kesal seandai harus menolak beberapa tawaran yang kurang bersesuaian dengan dirinya lebih-lebih lagi bila melibatkan imejnya sebagai seorang wanita berhijab.
“Situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia turut memberi kesan kepada ramai orang termasuk saya apabila tiada lagi undangan persembahan mahu pun lakonan hingga perlu cari alternatif lain demi sesuap nasi.
“Saya pernah dapat tawaran bawa watak isteri. Dia tidak kisah saya sudah bertudung, cuma beri syarat untuk adegan dalam bilik tidur bersama ‘suami’, saya diminta mengenakan serkup kepala sahaja.
“Bukan perasan bagus, saya terpaksa tolak secara baik. Saya tahu masih ada yang tak faham biarpun serkup tidak menampakkan rambut, aurat lain termasuk leher masih kelihatan. Jadi lebih baik pendirian ini saya tegaskan supaya tidak menyusahkan pihak produksi nanti.
“Tak mengapa hilang ‘job’ itu kerana yakin Allah akan ganti rezeki lain. Mujur mereka faham malah saya sangat hargai ingatan pihak terbabit. Andai ada tawaran lain selepas ini, saya takkan menolak jika masih boleh berhijab penuh,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Kata penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini lagi, dia kini sedang berusaha untuk mendekatkan diri dengan agama meskipun mengakui harus berdepan dengan pelbagai cabaran.
“Setiap insan ingin ke arah yang lebih baik, begitu juga saya. Dalam tiga, empat tahun lalu saya belajar betulkan dan lengkapkan solat, mendekati al-Quran, imarahkan majlis agama dan sebagainya kerana saya ada banyak kekurangan.
Ads
“Selepas itu saya mula jaga pertuturan dan pemakaian. Lama-kelamaan saya berhijab tetapi saya enggan bertudung sebab fesyen semata-mata. Jadi, saya tutup aurat dengan mengenakan stoking tangan dan kaki sampailah sekarang.
“Dugaan memang banyak namun kita kena istiqamah, tambahan pula insan seperti saya yang masih perlu banyak belajar. Oleh kerana itu saya jadikan laman sosial sebagai medan tambah pahala dengan berkongsi pelbagai ilmu bermanfaat kepada diri dan orang lain.
“Saya juga padam gambar lama, segan ingat kekhilafan lalu namun jika ada video atau gambar tak berhijab dalam medium lain, itu semua di luar bidang kuasa saya, janji Allah tahu saya sudah berubah. Semua itu juga jadi pengajaran pada diri sendiri,” ulasnya lagi.
Ads
Mengakui pendamik Covid-19 sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendapatannya, Ezlynn memaklum dia sedia melakukan apa sahaja jenis pekerjaan asalkan ianya membawa kepada rezeki yang halal.
“Kalau ikutkan dugaan musim Covid-19 ini cukup mencabar. Saya tak kisah buat apa pun janji dapat rezeki halal. Pembabitan dalam APM pula antara cara saya kurangkan tekanan. Daripada meratapi nasib, lebih baik saya buat kerja amal.
“Insya-Allah rezeki itu akan datang kemudian, mungkin dalam keadaan lain. Namun kalau pasal berlakon atau menyanyi, saya tetap sedia terima sebab ini adalah tempat saya cari makan,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kakak kepada Neelofa, Noor Nabila mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kesembuhan buat anak tunggalnya, Jebat Jaden yang mengalami kecederaan di bahagian dahi dan hidung selepas terjatuh beberapa hari lalu.
Sambil memanjatkan rasa syukur, isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu turut berkongsi keadaan kesan terkini yang dialami Jebat.
“Hari ke3…. masih hensem. Alhamdulillah hehe.
“Thank you kepada semua yang mendoakan anak jantan saya,” tulisnya ringkas.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat turut memberikan reaksi selain turut mendoakan semoga Jebat cepat sembuh daripada kecederaan yang dihadapinya.
Terdahulu menerusi posting sebelum ini di Instagram, Nabila memaklumkan anaknya itu jatuh tersembam ketika sedang berlari di hadapan kediamannya.
Pelakon dan model, Meerqeen berkongsi cerita mengenai kisah hubungan percintaan bersama bekas kekasih yang telah berakhir sebelum ini.
Finalis Hero Remaja 2020 ini mengakui, dia sebelum ini berasa sukar untuk ‘move on’ selepas hubungan yang sedia terjalin selama hampir tiga tahun itu berakhir.
“Saya ni jenis bercinta untuk kahwin dan saya tak suka bila orang lain lukakan hati saya. Kita semua tahu macam mana perasaan bila dikhianati dengan pasangan.
“Jadi sebagai seorang lelaki, saya akui yang saya susah untuk ‘move on’ lepas putus cinta. Pada saya, orang lelaki ni mungkin dalam sebulan pertama lepas putus mungkin dia tak rasa akan kehilangan itu…
“Tapi bila dalam tiga atau empat bulan selepas itu, rasa kehilangan dan kesunyian itu mungkin wujud sebab saya rasa orang lelaki ni agar sukar nak ‘move on’. Itu pendapat sayalah.
“Apa pun, dalam tempoh tiga tahun bersama, diakui kami ada perasaan yang kuat dan sering bercakap soal kehidupan bersama. Namun kita hanya mampu merancang,” katanya.
Malah, Meerqeen atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam turut mendedahkan, dia ambil masa kira-kira 2 tahun untuk kembali bangkit selepas gagal dalam perhubungan sebelum ini.
“Sejujurnya saya ambil masa yang agak lama untuk ‘move on’, lebih kurang dalam tempoh 2 tahun.
“Hubungan percintaan itu agak serius sebab kami masing-masing kian matang. Cuma saya tak jangka akan berlakunya perpisahan sebab ia terjadi secara tiba-tiba.
“Iyalah, ketika itu saya masih belum bersedia untuk berpisah sebenarnya sebab kami tak pernah bergaduh pun sebelum ini,” katanya yang tidak mahu memikirkan lagi soal berkenaan kerana hanya mahu fokus pada kerjaya.
Dalam perkembangan lain, Meerqeen muncul dengan single sulung berjudul Menunggu yang sekaligus menjadi percubaan pertamanya dalam bidang nyanyian pula.
Menunggu ciptaan Aliff Iskandar itu boleh didapati di semua pelantar digital dan video liriknya sudah ditayangkan di saluran YouTube Indigital Music, sejak semalam.
Foto: Instagram Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nampaknya pelakon, Saharul Ridzwan mempunyai cara paling comel untuk memujuk isterinya, Deena Emir yang sedang merajuk.
Menerusi laman Instagram, Saharul juga meminta bantuan daripada ‘followersnya’ untuk memujuk Deena.
“Wahai cinta hati permaisuriku @deenaemir , janganlah merajuk dengan saya, sy tahu awak rindu sangattt kat saya kan?
“Sabar kejap ye isteriku, sy kerja kuat2 , busy teruk ni utk masa depan kita. Lepas ni bulan 12 kita pergi tempt paling tenang dalam dunia.
“Sy upload gambar dengan caption ni bukan utk menunjuk2 tau sayang, tapi nak mintak backup dari followers supaya sokong saya utk pujuk awak. @kisah.ali pun dah ready nak type.
“‘suami awak cintakan awak’, Sayang awak kerana Allah, Cinta awak kerana Allah, Alhamdulillah hadirkan awak dalam hidup saya,” tulisnya.
Alahai, bersemut betul cara Saharul nak memujuk isterinya itu. Menjengah di ruangan komen kelihatan ramai yang meninggalkan komen buat pasangan berkenaan.
Tidak kurang juga yang memberikan idea-idea bernas mereka untuk Saharul memujuk isterinya itu.
Untuk rekod , pasangan tersebut berkahwin pada September 2016 lalu dan dikurniakan seorang anak, Luth Ali pada Jun, tahun lalu.
Foto/Instagram: Saharul Ridzwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!