Pelakon dan penerbit, Shiela Rusly menyifatkan dirinya mempunyai hak untuk menuntut komitmen penuh daripada para pelakonnya bagi memberikan yang terbaik dalam setiap watak yang telah dipertanggungjawabkan.

Jelas Shiela, selain membalas kepercayaan pihak stesen tv, dia juga bertanggungjawab untuk menghasilkan karya-karya berkualiti yang kini semakin didambakan oleh para penonton.

“Anda perlu faham, saya ini merupakan seorang produser. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan yang terbaik buat penonton yang mendambakan drama yang berkualiti.

“Saya juga dah dipertanggungjawabkan oleh pihak stesen tv untuk menghasilkan karya-karya yang terbaik. Sebab itu saya demand lebih daripada para pelakon saya supaya mereka membuat persediaan.

“Saya tak minta mereka sujud di kaki saya. Mereka tak perlu bagi saya apa-apa. Saya hanya nak mereka datang ke set pengambaran dalam keadaan bersedia. Itu sahaja.

“Persediaan yang saya tuntut itu adalah persediaan yang telah saya bayar 30% hingga 50%. Bukan mereka berlakon secara percuma,” katanya kepada MH.

“Tak Minta Mereka Sujud Kaki Saya, Hanya Datang Dalam Keadaan Bersedia,” – Sheila Rusly “Tak Minta Mereka Sujud Kaki Saya, Hanya Datang Dalam Keadaan Bersedia,” – Sheila Rusly

Ads

Katanya lagi, sekiranya dia hanya melakukan tugas tersebut secara sambil lewa, dia lebih rela mengalihkan sepenuh tumpuan itu terhadap bisnes restorannnya.

“Bila anda dah dipertanggungjawabkan untuk membawa apa-apa watak, anda perlu ada usaha untuk memberikan yang terbaik. Sebagai producer saya juga ingin memberikan yang terbaik.

“Saya pun dah lama dalam industri ini. Dah dekat 30 tahun. Kalau hasil kerja saya sekadar melepaskan betuk di tangga, lebih baik saya fokus restoran saya sahaja. Tak perlu saya buat drama lagi,” ujarnya lagi.

Isteri kepada pengarah, Jinggo itu berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.

Ads

“Tak Minta Mereka Sujud Kaki Saya, Hanya Datang Dalam Keadaan Bersedia,” – Sheila Rusly

“Tak Minta Mereka Sujud Kaki Saya, Hanya Datang Dalam Keadaan Bersedia,” – Sheila Rusly
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini turut memaklumkan dia sebolehnya mahu menjadi contoh yang terbaik buat para penerbit lain di luar sana.

“Saya juga kena bagi contoh kepada para penerbit yang lain supaya mereka tahu drama yang mereka terbitkan, kenal para pelakon dan tahu apa tugas pengarah.

Ads

“Jangan hanya berjanji manis dengan pihak stesen tv tapi bila karya dah siap hasilnya entah apa-apa.

“Ini adalah amanah kita untuk hasilkan karya yang terbaik untuk tatapan penonton yang sanggup duduk 1 jam di hadapan tv untuk tengok drama kita. Jadi kenapa kita perlu buat main-main,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Tak Minta Mereka Sujud Kaki Saya, Hanya Datang Dalam Keadaan Bersedia,” – Sheila Rusly

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI