Pelakon, Diana Danielle mendedahkan dia dan suami yang juga merupakan aktor, Farid Kamil masih lagi tidak mempunyai perancangan untuk menambah bilangan ahli keluarga mereka buat masa ini.
Menurut Diana, dia kini mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk membesarkan kedua-dua anaknya itu sebelum mereka meningkat remaja.
“‘Anak dah besar tambah la lagi sorang’. Yes betul anak yang kedua pun dah enam tahun, tapi bagi D nilah usia diorang perlukan bimbingan dan input setiap masa sebelum melangkah ke fasa remaja.
“Nampak saja “besar” tapi masih nak pelukan, nak manja, nak kita explore dan explain soalan-soalan yang makin rumit, makin “deep”. Curiosity mencanak, personaliti makin terbentuk, makin pandai counter point kita, makin nak berkawan dan mengenali dunia luar,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon filem, Gol Dan Gincu 2 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, sebagai seorang ibu yang bekerja, dia sebenarnya harus memikirkan daripada segenap aspek sebelum membuat keputusan untuk menambah bilangan cahaya mata.
“D tak nampak itu sebab untuk tambah dan tambah. Sorang pun dah amanah seumur hidup. So kita ikut pada kemampuan yang bukan hanya dari segi duit tapi mental, emosi dan masa. The right time will come if and when we feel it should happen.
“Working moms lagi la fikir lebih. Tak nak baby baru membesar dengan orang gaji, dengan cikgu taska saja. That’s not why we want to have kids.
“I want to be the parent, I want to be their guide and point of reference. Til now – i’ve got a lot more parenting to do. Even with myself. Share your thoughts,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Diana turut memaklumkan dia sebolehnya mahu menjadi pembimbing dan tempat rujukan buat anak-anaknya itu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji cara Diana membesarkan kedua-dua anaknya itu.
“Totally agreed. Its a lifetime commitment, we’re raising human not dolls.
“Yes totally agree, at that age children needs their parents attention and guidance. Working parents like us need to keep that in mind. Baru la anak dapat membesar dengan sihat dan kuat.
“Yess sangat agree with mommy D. Not easy. We are delivering human ok. Every angle need to be countered.
“I couldn’t agree more. Exactly like my words. Parenting bukan masa kids kecil only. It continues till they can differ btw good and bad for themselves,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Diana dan Farid telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 3 November 2012.
Hasil perkahwinan, Diana dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 6.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Diana Danielle